Sunday, December 2, 2012

Harry Potter And The Deathly Hallows


HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS
( HARRY POTTER DAN AZIMAT MAUT )

Ringkasan cerita..

Harry Potter dibebani dengan suatu tugas berat, berbahaya, dan kelihatan mustahil: menjejaki dan memusnahkan baki – baki Horcrux – Horcrux Voldemort. Harry belum pernah berasa begitu kekosongan atau memandang masa depan dengan penuh ketidakpastian seperti yang dialaminya sekarang. Namun, dia perlu sedaya upaya mencari kekuatan diri bagi menyempurnakan tugas yang diamanahkan. Dia terpaksa meninggalkan keselesaan dan kehangatan di The Burrow dan mengharunginya, tanpa gentar dan ragu – ragu, laluan pasti yang dilakar untuknya.



Harry Potter And The Half-Blood Prince


HARRY POTTER AND THE HALF – BLOOD PRINCE
( HARRY POTTER DAN PUTERA BERDARAH KACUKAN )

Ringkasan cerita..

Pertengahan musim panas, tetapi kabus diluar musim yang melanda, menerpa cermin – cermin jendela. Dibiliknya, di rumah keluarga Dursley di Privet Drive, Harry Potter sedang tertunggu – tunggu penuh cemas Profesor Dumbledore datang sendiri untuk menjemputnya. Harry hampir – hampir tidak percaya bahawa dalam banyak tempat di dunia, Profesor Dumblrdore muncul di rumah keluarga Dursley. Mengapa batu sekarang profesor itu datang? Apakah perkara yang penting sangat yang tidak sempat – sempat menunggu Harry kembali ke Hogwarts dalam masa beberapa minggu lagi?

Tahun keenam Harry di Hogwarts bermula dengan permulaan yang di luar jangkaan apabila dunia Muggle dan dunia ajaib mulai menyatu..

J.K.Rowling menukil pengembaraan terbaru Harry Potter di tahun keenamnya di Hogwarts dengan penuh keahlian dan gaya yang sungguh menakjubkan.





Harry Potter And The Order Of Phoenix


HARRY POTTER AND THE ORDER OF THE PHOENIX
( HARRY POTTER DAN KUMPULAN PHOENIX )

Ringkasan cerita..

Harry Potter naik angin kerana dibiarkan terkontal – kantil di rumah keluarga Dursley sepanjang cuti musim panas walhal dia mengesyaki pada masa yang sama, Voldemort sedang mengumpulkan pengikut dan dia mungkin akan disergap.

Setelah dia diselamatkan oleh sekumpulan ahli sihir yang menjadi pengawal peribadi, dia mendapat tahu yang Dumbledore sedang mengumpulkan semula ahli Kumpulan Phoenix, pertubuhan rahsia yang dibentuk buat pertama kalinya bertahun – tahun lampau untuk menentang Voldemort. Malangnya, Kementerian Sihir menunjukkan sikap permusuhan terhadap kumpulan ini, ditambah lagi dengan pembohongan yang disebar luas oleh akhbar tabloid dunia sihir, Daily Prophet.

Harry bimbang yamg mungkin dia terpaksa menghadapi sendiri penentangan terhadap kuasa jahat yang telah berlanjutan terlalu lama itu.




Harry Potter And The Goblet Of Fire


HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE
( HARRY POTTER DAN PIALA API )

Ringkasan cerita..

Apabila perlawanan Quidditch Piala Dunia dicemari oleh insiden amuk para penyokong Voldemort serta kemunculan Tanda Kuasa Jahat, jelas yang Voldemort bukan semakin lemah tetapi sebaliknya!

Tanda – tanda penting kebangkitan semula Raja Kuasa Jahat ke dunia ajaib menjadi alamat bagi kecundangnya satu – satunya manusia yang terselamat daripada sumpahan maut Raja Kuasa Jahat itu, Harry Potter.

Jadi, apabila nama Harry Potter tersenarai sebagai wira Kejohanan Ahli Sihir Trio yang sangat berprestij tetapi amat berbahaya, dia tahu matlamatnya bukan untuk memenangi kejohanan itu, tetapi melaksanakan semua tugasan dengan selamat.

Komen pembaca..


“ Setiap cebisan ceritanya sebaik buku Harry Potter yang pertama hingga ketiga.”  - Stephen King


“ Tahun keempat Harry – dan tahun keempat kami juga – di Hogwarts sungguh menghiburkan, dipenuhi parodi menarik alam nyata kita sendiri, dan penuh aksi.” – The Times


“ Tiada satu pun halaman yang membosankan... Semua plot ceritanya bercantuman, tidak ubah sebuah permainan susun suai gambar yang hebat.” – Sunday Ekspress


“ Plot dan babak menariknya lebih mengagumkan daripada sebelumnya... terlalu banyak yang boleh dipuji. Bersedia menikmatinya! ” – Irish Times


“ Cerita ini sungguh mempesona; kelucuannya betul – betul haru – biru dan pendirian moralnya meyakinkan teguhnya... masih yang terbaik dari J.K.Rowling.” – Sunday Telegraph





Harry Potter And The Prisoner Of Azkaban


HARRY POTTER AND THE PRISONER OF AZKABAN
( HARRY POTTER DAN BANDUAN AZKABAN )

Ringkasan cerita..

SELAMA DUA BELAS TAHUN, Penjara Azkaban, sebuah kota kubu sihir yang mengerunkan, telah memenjarakan banduan paling kejam,
Sirius Black.

Ahli sihir itu, yang dikatakan penyokong kuat Raja Kuasa Jahat, Lord Voldemort, telah berjaya melarikan diri dari penjara, dan kini sedang memburu Harry Potter untuk membalas dendam atas
kejatuhan tuannya.

Harry Potter dalam bahaya. Tembok tebal sekolah sihirnya sekalipun tidak dapat melindunginya daripada Sirius Black, apatah lagi dengan adanya musuh dalam selimut di sekolah itu.

Komen pembaca..


“ Kanak – kanak yang telah tepukau dengan jalan cerita buku – buku J.K.Rowling yang menghiburkan, aneh, dan sungguh imaginatif, pasti akan terpukau lagi.”  - The Daily Mail, London


“ Buku bacaan kanak – kanak yang paling dinanti – nantikan sejak bertahun – tahun ” – The Evening Standard


“ Bahan yang sungguh memukau, mempesona dan mengkhayalkan.” - The Mirror

“ J.K.Rowling layak menerima semua pujian yang datang mencurah – curah. Buat pertama kalinya, perkataan fenomena suatu perkataan yang kurang tepat.” – Scotland on Sunday


“ Siri buku Harry Potter merupakan suatu perkara yang jarang – jarang berlaku, suatu siri yang menjadi pujaan remaja, mahupun ibu bapa.” – The Daily Telegraph





Harry Potter And The Chamber Of Secrets


HARRY POTTER AND THE CHAMBER OF SECRETS
( HARRY POTTER DAN BILIK RAHSIA )

Ringkasan cerita..

HARRY POTTER seorang ahli sihir terkemuka yg menentang kuasa jahat dan ilmu hitam. Harry, yg kini merupakan pelajar tahun kedua di Sekolah Ahli Sihir Hogwarts, tidak mengetahui bahawa seperti tahun lalu, pengalaman mengerikan menantinya di Hogwarts.

Komen pembaca..


“ Buku kedua Joanne Rowling ini sama menghiburkan, mencemaskan dan diluar jangkaan seperti buku pertamanya.”  - The Daily Mail, London




Harry Potter And The Sorcerer's Stone


HARRY POTTER AND THE SORCERER’S STONE
( HARRY POTTER DAN BATU HIKMAT )

Ringkasan cerita..

Selama ini, Harry Potter menyangka yg dia hanya seorang budak lelaki biasa, anak yatim piatu yg menumpang di rumah ibu dan bapa saudaranya – sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki gergasi, mendaftar di Sekolah Ahli Sihir Hogwarts, belajar bermain Quidditch, dan berjuang utk menyelamatkan nyawanya.

Semua itu dialaminya kerana dia
HARRY POTTER, SEORANG AHLI SIHIR!


Komen pembaca..


“ Saya masih belum menemui kanak-kanak yang akan berhenti sebaik sahaja membaca buku ini. Memang ajaib.”  - The Glasgow Herald


“ Misteri, kuasa ajaib, paparan watak yang luar biasa dan plot yang menakjubkan – kemunculan buat pertama kali yang penuh berani dan meyakinkan daripada seorang penulis dan pencerita yang hebat.” – Lindsey Fraser, Book Trust Scotland


“ Semua kisah yang penuh dengan kejutan.”  – The Sunday Times


“... ‘Harry Potter dan Batu Hikmat’ mempunyai ciri sebuah cerita klasik... J.K.Rowling telah menggunakan pengantara naratif, disertai dengan keasliannya dan ketulenan, dalam menyampaikan plot seramnya tang kompleks dan mengikut kehendak semasa, namun menghiburkan. Dialah penulis yang paling diminati oleh kanak-kanak.” – The Scotsman


“ Novel pertama yang penuh dengan jalinan yang dijalinkan dengan baik oleh seorang pengkarya yang berkebolehan.” – The Guardian.


“... novel pertama yang hebat dan menakjubkan. Harry merupakan seorang watak yang benar – benar tidak mudah hilang daripada ingatan. Sebuah buku yang boleh melekakan; jalan ceritanya yang begitu lancar membuatkan kita ingin membaca hingga habis. Joanne Rowling jelas mempunyai daya imaginatif yang hebat dan novel pertamanya yang menakjubkan ini memberi gambaran bahawa dia akan menghasilkan lebih banyak karya yang lebih baik pada masa akan datang.” – Wendy Cooling, Children’s Book Consultant





Friday, November 30, 2012

Harry Potter


Harry Potter. Itulah tajuk utk entry kali neh. Disini aku nak kongsi ringkasan ceritanya. Best, rugi siapa yg tak baca atau tonton ceritanya. Jalan cerita dia tak pernah bosan. Dan jalan ceritanya juga tak pernah terfikir oleh akal kita. Tak pun, memang kita tak pernah jangka langsung! Hebat betul imaginasi penulis buku ni, iaitu J.K.Rowling.

Beliau mendapat idea utk menulis cerita ini ketika beliau berada dlm perjalanan menaiki keretapi dari Manchester ke London, tempat beliau mengatakan bahawa Harry Potter “Tergambar sepenuhnya dalam fikiran saya begitu sahaja” , dan sebaik saja beliau tiba di Stesen king Cross di London, banyak drpd watak dlm cerita tersebut terbina.

Sepanjang 5 tahun yg berikutnya beliau telah menggariskan plot dan jalan cerita bagi setiap buku beliau dan mulai menulis buku pertama beliau dalam siri Harry Potter. Beliau juga menulis 2 lagi buku sampingan, iaitu Quidditch Through The Ages dan Fastastic Beast and Where to Find Them.

Memang menakjubkan! Idea datang mencurah-curah.. :0

Sebenarnya Harry Potter ada 7 jilid semuanya:

1.    Harry Potter And The Sorcerer’s Stone
2.    Harry Potter And The Chamber of Secrets
3.    Harry Potter And The Prisoner Of Azkaban
4.    Harry Potter And The Goblet Of Fire
5.    Harry Potter And Order Of the Phoenix
6.    Harry Potter And The Half – Blood Prince
7.    Harry Potter And The Deathly Hallows

Harry Potter Jilid 1 ni dibeli pada 23hb Februari 2007. 
Credit to my lovely brother sebab tolong belikan. Thanx, bro! =D

Harry Potter Jilid 2 ni dibeli pada 13hb March 2008. 
Credit to lovely mother sebab tolong temankan sekaligus tolong belikan. 
Heeeee~ Terima kasih, mak. 
Saaaaayang, mak! =D

Harry Potter Jilid 3 ni dibeli pada 27hb November 2008. Credit to my best friend, Nurul Amalina Bt Zubir sebab tolong belikan. Thanx, buddy. Best Friend Forever. Sayang kamo ketat2 ! (PahMaLia.. =D)

Harry Potter Jilid 4 ni dibeli pada 17hb August 2007. Credit to my best friend, Nur Iylia Bt Zubir. Thanx, buddy sebab tolong belikan. Best Friend Forever. 
Sayang kamo ketat2 ! (PahMaLia.. =D)

Harry Potter Jilid 5 ni dibeli pada 16hb November 2007. Credit to my best friend, Syahirah Yusof. Thanx, buddy sebab tolong belikan. Best Friend Forever. 
Sayang kamo ketat2 ! (Alla, tomey tomey tomey.. =D)

Harry Potter Jilid 6 ni dibeli pada 22hb November 2008 dan Jilid 7 dibeli pada 14hb Januari 2011. Credit to my lovely father sebab tolong temankan sekaligus tolong belikan. Heeee~ Terima Kasih, abah. 
Saaaaayang, abah! =D

Memandangkan, aku ada koleksi buku Harry Potter neh dari Jilid 1 sampai Jilid 7, aku ingin berkongsi serba sedikit jalan ceritanya. 
Selamat Membaca! =D


To be continue.. =D



Sunday, November 11, 2012

Situasi Sebenar

Situasi sebenar : Seorang nenek pergi ke kedai, membeli ubi. Tiba - tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama :
"Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro :
"Hangat! Nenek mati dengan ubi ditangan."

Utusan Malaysia :
"Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah :
"Kami tiada beca."

Malaysiakini :
"Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah"

Twitter @NajibRazak :
"Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu Paranoid :
"Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Perkasa :
"Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera :
"Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika :
"Misteri penarik beca : Temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu :
"Beca tak bayar tol dicari!"