Sunday, December 2, 2012

Harry Potter And The Deathly Hallows


HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS
( HARRY POTTER DAN AZIMAT MAUT )

Ringkasan cerita..

Harry Potter dibebani dengan suatu tugas berat, berbahaya, dan kelihatan mustahil: menjejaki dan memusnahkan baki – baki Horcrux – Horcrux Voldemort. Harry belum pernah berasa begitu kekosongan atau memandang masa depan dengan penuh ketidakpastian seperti yang dialaminya sekarang. Namun, dia perlu sedaya upaya mencari kekuatan diri bagi menyempurnakan tugas yang diamanahkan. Dia terpaksa meninggalkan keselesaan dan kehangatan di The Burrow dan mengharunginya, tanpa gentar dan ragu – ragu, laluan pasti yang dilakar untuknya.



Harry Potter And The Half-Blood Prince


HARRY POTTER AND THE HALF – BLOOD PRINCE
( HARRY POTTER DAN PUTERA BERDARAH KACUKAN )

Ringkasan cerita..

Pertengahan musim panas, tetapi kabus diluar musim yang melanda, menerpa cermin – cermin jendela. Dibiliknya, di rumah keluarga Dursley di Privet Drive, Harry Potter sedang tertunggu – tunggu penuh cemas Profesor Dumbledore datang sendiri untuk menjemputnya. Harry hampir – hampir tidak percaya bahawa dalam banyak tempat di dunia, Profesor Dumblrdore muncul di rumah keluarga Dursley. Mengapa batu sekarang profesor itu datang? Apakah perkara yang penting sangat yang tidak sempat – sempat menunggu Harry kembali ke Hogwarts dalam masa beberapa minggu lagi?

Tahun keenam Harry di Hogwarts bermula dengan permulaan yang di luar jangkaan apabila dunia Muggle dan dunia ajaib mulai menyatu..

J.K.Rowling menukil pengembaraan terbaru Harry Potter di tahun keenamnya di Hogwarts dengan penuh keahlian dan gaya yang sungguh menakjubkan.





Harry Potter And The Order Of Phoenix


HARRY POTTER AND THE ORDER OF THE PHOENIX
( HARRY POTTER DAN KUMPULAN PHOENIX )

Ringkasan cerita..

Harry Potter naik angin kerana dibiarkan terkontal – kantil di rumah keluarga Dursley sepanjang cuti musim panas walhal dia mengesyaki pada masa yang sama, Voldemort sedang mengumpulkan pengikut dan dia mungkin akan disergap.

Setelah dia diselamatkan oleh sekumpulan ahli sihir yang menjadi pengawal peribadi, dia mendapat tahu yang Dumbledore sedang mengumpulkan semula ahli Kumpulan Phoenix, pertubuhan rahsia yang dibentuk buat pertama kalinya bertahun – tahun lampau untuk menentang Voldemort. Malangnya, Kementerian Sihir menunjukkan sikap permusuhan terhadap kumpulan ini, ditambah lagi dengan pembohongan yang disebar luas oleh akhbar tabloid dunia sihir, Daily Prophet.

Harry bimbang yamg mungkin dia terpaksa menghadapi sendiri penentangan terhadap kuasa jahat yang telah berlanjutan terlalu lama itu.




Harry Potter And The Goblet Of Fire


HARRY POTTER AND THE GOBLET OF FIRE
( HARRY POTTER DAN PIALA API )

Ringkasan cerita..

Apabila perlawanan Quidditch Piala Dunia dicemari oleh insiden amuk para penyokong Voldemort serta kemunculan Tanda Kuasa Jahat, jelas yang Voldemort bukan semakin lemah tetapi sebaliknya!

Tanda – tanda penting kebangkitan semula Raja Kuasa Jahat ke dunia ajaib menjadi alamat bagi kecundangnya satu – satunya manusia yang terselamat daripada sumpahan maut Raja Kuasa Jahat itu, Harry Potter.

Jadi, apabila nama Harry Potter tersenarai sebagai wira Kejohanan Ahli Sihir Trio yang sangat berprestij tetapi amat berbahaya, dia tahu matlamatnya bukan untuk memenangi kejohanan itu, tetapi melaksanakan semua tugasan dengan selamat.

Komen pembaca..


“ Setiap cebisan ceritanya sebaik buku Harry Potter yang pertama hingga ketiga.”  - Stephen King


“ Tahun keempat Harry – dan tahun keempat kami juga – di Hogwarts sungguh menghiburkan, dipenuhi parodi menarik alam nyata kita sendiri, dan penuh aksi.” – The Times


“ Tiada satu pun halaman yang membosankan... Semua plot ceritanya bercantuman, tidak ubah sebuah permainan susun suai gambar yang hebat.” – Sunday Ekspress


“ Plot dan babak menariknya lebih mengagumkan daripada sebelumnya... terlalu banyak yang boleh dipuji. Bersedia menikmatinya! ” – Irish Times


“ Cerita ini sungguh mempesona; kelucuannya betul – betul haru – biru dan pendirian moralnya meyakinkan teguhnya... masih yang terbaik dari J.K.Rowling.” – Sunday Telegraph





Harry Potter And The Prisoner Of Azkaban


HARRY POTTER AND THE PRISONER OF AZKABAN
( HARRY POTTER DAN BANDUAN AZKABAN )

Ringkasan cerita..

SELAMA DUA BELAS TAHUN, Penjara Azkaban, sebuah kota kubu sihir yang mengerunkan, telah memenjarakan banduan paling kejam,
Sirius Black.

Ahli sihir itu, yang dikatakan penyokong kuat Raja Kuasa Jahat, Lord Voldemort, telah berjaya melarikan diri dari penjara, dan kini sedang memburu Harry Potter untuk membalas dendam atas
kejatuhan tuannya.

Harry Potter dalam bahaya. Tembok tebal sekolah sihirnya sekalipun tidak dapat melindunginya daripada Sirius Black, apatah lagi dengan adanya musuh dalam selimut di sekolah itu.

Komen pembaca..


“ Kanak – kanak yang telah tepukau dengan jalan cerita buku – buku J.K.Rowling yang menghiburkan, aneh, dan sungguh imaginatif, pasti akan terpukau lagi.”  - The Daily Mail, London


“ Buku bacaan kanak – kanak yang paling dinanti – nantikan sejak bertahun – tahun ” – The Evening Standard


“ Bahan yang sungguh memukau, mempesona dan mengkhayalkan.” - The Mirror

“ J.K.Rowling layak menerima semua pujian yang datang mencurah – curah. Buat pertama kalinya, perkataan fenomena suatu perkataan yang kurang tepat.” – Scotland on Sunday


“ Siri buku Harry Potter merupakan suatu perkara yang jarang – jarang berlaku, suatu siri yang menjadi pujaan remaja, mahupun ibu bapa.” – The Daily Telegraph





Harry Potter And The Chamber Of Secrets


HARRY POTTER AND THE CHAMBER OF SECRETS
( HARRY POTTER DAN BILIK RAHSIA )

Ringkasan cerita..

HARRY POTTER seorang ahli sihir terkemuka yg menentang kuasa jahat dan ilmu hitam. Harry, yg kini merupakan pelajar tahun kedua di Sekolah Ahli Sihir Hogwarts, tidak mengetahui bahawa seperti tahun lalu, pengalaman mengerikan menantinya di Hogwarts.

Komen pembaca..


“ Buku kedua Joanne Rowling ini sama menghiburkan, mencemaskan dan diluar jangkaan seperti buku pertamanya.”  - The Daily Mail, London




Harry Potter And The Sorcerer's Stone


HARRY POTTER AND THE SORCERER’S STONE
( HARRY POTTER DAN BATU HIKMAT )

Ringkasan cerita..

Selama ini, Harry Potter menyangka yg dia hanya seorang budak lelaki biasa, anak yatim piatu yg menumpang di rumah ibu dan bapa saudaranya – sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki gergasi, mendaftar di Sekolah Ahli Sihir Hogwarts, belajar bermain Quidditch, dan berjuang utk menyelamatkan nyawanya.

Semua itu dialaminya kerana dia
HARRY POTTER, SEORANG AHLI SIHIR!


Komen pembaca..


“ Saya masih belum menemui kanak-kanak yang akan berhenti sebaik sahaja membaca buku ini. Memang ajaib.”  - The Glasgow Herald


“ Misteri, kuasa ajaib, paparan watak yang luar biasa dan plot yang menakjubkan – kemunculan buat pertama kali yang penuh berani dan meyakinkan daripada seorang penulis dan pencerita yang hebat.” – Lindsey Fraser, Book Trust Scotland


“ Semua kisah yang penuh dengan kejutan.”  – The Sunday Times


“... ‘Harry Potter dan Batu Hikmat’ mempunyai ciri sebuah cerita klasik... J.K.Rowling telah menggunakan pengantara naratif, disertai dengan keasliannya dan ketulenan, dalam menyampaikan plot seramnya tang kompleks dan mengikut kehendak semasa, namun menghiburkan. Dialah penulis yang paling diminati oleh kanak-kanak.” – The Scotsman


“ Novel pertama yang penuh dengan jalinan yang dijalinkan dengan baik oleh seorang pengkarya yang berkebolehan.” – The Guardian.


“... novel pertama yang hebat dan menakjubkan. Harry merupakan seorang watak yang benar – benar tidak mudah hilang daripada ingatan. Sebuah buku yang boleh melekakan; jalan ceritanya yang begitu lancar membuatkan kita ingin membaca hingga habis. Joanne Rowling jelas mempunyai daya imaginatif yang hebat dan novel pertamanya yang menakjubkan ini memberi gambaran bahawa dia akan menghasilkan lebih banyak karya yang lebih baik pada masa akan datang.” – Wendy Cooling, Children’s Book Consultant