Tuesday, February 12, 2013

Fakta Tentang Kucing


Haaaa, Selamat Tahun Baru Cina buat sesiapa yang menyambutnya. Rasanya tak terlambat lagi nak ucap. Yelah, kan ada yang cuti seminggu. Nak nak apek yang dekat kedai bawah tu! Melayan stock asam, chocolate, air dan gula-gula aku. 
Terpaksa pergi ke 7E! =(

Amboih, starting ayat! Bukannya nak beri salam. Baru aku perasan! Heeeeee. 
Okay, okay assalamualaikum wbt. 
Kali ni aku nak story pasal fakta mengenai kucing.

Sebenarnya aku teringin sangat nak pelihara kucing macam dulu dulu, tapi nak buat macam mana dah adik alergi sangat dengan bulu kucing. Tak dapat pelihara kucing, dapat ikan emas yang gemuk tu okay jugak. Ala, ikan emas yang bila gerak tu perut dia gedik gedik tu. Eh, betul ke perut? Bukan ekor ke?? Arrghhhh, lantak lah. Yang pasti dia sangat comel. Tak dapat ikan emas dengan kucing, dapat arnab dan sugar glider dah okay. Hahahahahaha demand kau! Tapi takpe, Insha Allah suatu hari nanti aku nak pelihara jugak!

Okay, stop story mengarut. Aku nak terus story pasal fakta yang menarik & unik tentang kucing. Selamat membaca! =)


  •      First, sekiranya kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti bahawa kucing tu   adalah betina! Dan sekiranya ia jantan, iaitu 0.03% maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul! Justeru itu sesiapa yang ada kucing jantan 3 warna, itulah kucing yang paling bernilai di dunia ini!
  •      Kucing boleh mengeluarkan lebih dari 100 jenis bunyi, manakala anjing hanya boleh mengeluarkan 10 bunyi sahaja.
  •      Kucing mempunyai 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia)
  •      Kucing adalah haiwan nocturnal, iaitu aktif pada waktu malam.
  •      Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.
  •      Kucing adalah haiwan jenis karnivor.
  •      Kucing mempunyai bulu yang berfungsi mirip seperti misainya di belakang kaki depannya.
  •      Chocolate boleh menjadi racun bagi kucing kerana coklat memiliki bahan kimia theobromine.
  •      Aspirin boleh mendatangkan kematian kepada kucing kerana hati kucing tak mampu nak larutkan enzim untuk metabolisme aspirin.
  •      Ada penyakit yang bernama jerawat kucing, feline acne.
  •      Ada penyakit mirip AIDS pada kucing yang disebabkan oleh Feline Immunodeficiency Virus,FIV.
  •      Kucing Parsi adalah salah satu jenis kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular.
  •      Birman, iaitu kucing yang bermata biru dipercayai sebagai keturunan dari kucing kuil di Burma.
  •      Kucing jenis Turkish Van menyukai air sampai kucing jenis ini mendapat nama jolokan Turkish Swimming Cat.
  •      Kucing boleh pulang ke rumah walaupun dibuang beberapa kilometer dari rumah.
  •      Kucing berkebolehan menenangkan manusia (saat seseorang mengankat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil)
  •      Kucing adalah pemburu yang oportunis (burung, tikus, serangga, kodok, atau mana mana yang mudah diburu)
  •      Di zaman Mesir kuno, hukuman bagi mereka yang bunuh kucing adalah mati dan sekiranya ada kucing peliharaan yang mati, seluruh keluarga itu akan mencukur kening mereka sebagai tanda berkabung!

                  contoh chocolate yg boleh menjadi racun


               contoh aspirin yg boleh menyebabkan kematian

Haa, menarik bukan? Faktanya memang tak terjangka! 
Mungkin ada yang tak berapa kenal dengan jenis kucing, tapi nanti bila aku ada masa, aku akan upload photo jenis jenis kucing macam Persian,Birman, Burmese, Turkish Van, American Curl, Maine Coon, British Short Hair, Bengal, Scotish Fold dan banyak lagi lah. Sorry sorry, salah ayat tadi. Masa tu menang ada, tapi nak kena tengok mood sama ada rajin ke tak.  (^^,)

No comments:

Post a Comment