Friday, May 31, 2013

Doa



“Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang menurunkan bencana, yang memutuskan pengharapan. Aku telah berusaha menghampiri-Mu dengan zikir kepada-Mu. Dengan kemurahan-Mu aku bermohon sudilah Engkau dekatkan aku ke ribaan-Mu. Sempatkan aku untuk bersyukur kepada-Mu. Bimbinglah aku untuk selalu mengingati-Mu, supaya takdirku tidak seperti hari-hari yang telah berlalu. Aku bermohon kepada-Mu dengan penuh kerendahan, kehinaan dan kekhusyukan, agar Engkau maafkan dan sayangi aku.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu laksana permohonan orang-orang yang terdesak oleh kesulitannya, yang menghampiri-Mu ketika tersekat urusannya. Yang besar dambanya untuk meraih apa yang ada di sisi-Mu. Maha Tinggi kedudukan-Mu. Selalu tersembunyi rencana-Mu. Selalu tampak kuasa-Mu. Kekuatan-Mu tidak terkalahkan. Selalu berlaku kudrat-Mu. Aku tidak mungkin lari dari kekuasaan-Mu.”



# Dipetik daripada doa yang diajarkan oleh Imam Ali Bin Abi Thalib kepada salah seorang murid dan pengikut setianya, iaitu Kumail Bin Ziyad.





Jom Potong Kuku !

Jom potong kuku ikut sunnah

Sunnah memotong kuku kerana memotong kuku itu sendiri adalah sunnah, dan memotongnya dimulai dengan yang kanan, dikiaskan kepada sunnah Nabi SAW yang memulakan sesuatu perbuatan dimulai dengan kanan.

Menurut pendapat Imam Nawawi:

Memulakan dengan tangan kanan. Kemudian dahulukan dengan memotong kuku jari telunjuk – jari tengah – jari manis – jari kelingking – kmudian memotong kuku ibu jari; habis potong kesemua kuku di tangan kanan. Kemudian potonglah kuku tangan kiri, dimulakan dengan jari kelingking – jari manis – jari tengah – jari telunjuk – seterusnya ibu jari tangan kiri,

Menurut pendapat Imam Ghazali:
Mulakan dengan tangan kanan. Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk – jari tengah – jari manis – jari kelingking. Kemudian terus berpindah ke tangan kiri, mulakan dengan jari kelingking – jari manis – jari tengah – jari telunjuk – ibu jari tangan kiri – kemudian balik semula ke tangan kanan dan potong kuku ibu jari kanan.

Pendapat Imam Ahmad:
Pendapat Imam Ahmad pula (tiada dalam gambar) agak rumit sedikit untuk diikuti tapi sangat mujarab kerana sabit kepada satu hadith Nabi SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang memotong kukunya secara ‘mukholifan’ tidak akan diserang penyakit mata.”

[Boleh rujuk dalam kitab ‘Kitab Al-Mughni’]

Mukholifan’ bermakna 
tertib-tertib seperti yang ditunjukkan.


Menurut Imam Ahmad:

Kaedah خوابس untuk jari kanan ertinya: 
Memulakan dengan jari kelingking – jari tengah – ibu jari – jari manis – jari telunjuk

Kaedah أوخسب untuk jari tangan kiri ertinya: 
Mulakan dengan ibu jari – jari tengah – jari kelingking – jari telunjuk – jari manis

 *Maknanya perlu diselang selikannya.
Ini bermakna kaedah ini perlu dilakukan secara berselang-seli. Bacalah dua tiga kali supaya faham sambil beramal.

Wallahualam..

Mudah-mudahan bermanfaat. 



Wednesday, May 29, 2013

Rejab (Bulan Allah SWT)

Assalamualaikum..

Hai my blog! Rasa macam lama jer aku tak update dekat kao kan?? Alahai, sorry. Tuan kao sibuk sikit semester break neh. Ada jer aktiviti tiap-tiap hari nak kena buat.

Hari neh dah 19 Rejab. Belum terlambat buat muslimin dan muslimat untuk berpuasa sunat. Hari neh aku nak share simple je about kelebihan berpuasa pada bulan Rejab. Rasanya memang dah ramai sangat yang tahu kelebihan dia. Tapi takpelah, nak share jugak untuk peringatan buat diri sendiri.


Puasa 1 hari
- Mendapat keredhaan yang besar dari Allah SWT

Puasa 2 hari
- Mendapat kemuliaan dari Allah SWT

Puasa 3 hari
- Akan diselamatkan oleh Allah SWT dari bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila dan fitnah syaitan & dajjal.

Puasa 7 hari
- Akan ditutup 7 pintu neraka buatnya

Puasa 8 hari
- Akan dibuka 8 pintu syurga buatnya

Puasa 10 hari
- Allah SWT akan memakbulkan permintaannya

Puasa 15 hari
- Allah SWT akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan menggantikan semua kejahatan dengan kebaikan.

Notes:
- Tambahan puasa akan menambahkan pahala buatnya
- Membaca surah al-Ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih.
- Membaca Al-Quran


Monday, May 13, 2013

Moga Cepat Sembuh Part 2

Hari yang penat. Tapi tak pernah membosankan. Rasa macam nak demam pun ada. Ni semua gara-gara tengok siaran Fear Factor. Ulangan punya. Aku buat kerja semalam sampai pukul 12 tengah malam. Bila nak masuk tidur, tetibe plak rasa nak tengok TV. Tup tup, bila bukak, siaran ulangan tu baru nak bermula.

Okay, macam menarik. Suspen. Cukup mencabar. Takpelah, sejam je pun. Mula-mula aku tengok yang bahagian bangunan tinggi tu hah. Bestnya! Rasa macam nak buat jugak. Hahahaha Tetibe rasa macam nak tengok sampai habis. Bila dah masuk part 2, Euuuwww! Lipas! Bilik mayat.

Malu nak ngaku, tapi aku geli dengan lipas. Kalau seekor, kecik punya mungkin boleh diterima. Alah, kalau jentik pun dah melayang! Tapi yang aku tengok, beratus! Fine, aku takleh nak tidur sebab rasa macam lipas-lipas tu merayap atas katil. *Cis!

Okay, tutup cerita tu..

Petang tadi aku pergi hospital. Kali kedua untuk bulan ni. Berdebar jugaklah. Okay, aku bukan jenis yang suka pergi hospital. Sebabnya, hati aku cepat tersentuh kalau tengok pesakit-pesakit yang terlantar. Sebak. Kesian. 
*Pengakuan terbuka! Malu plak....

Buat pesakit yang aku lawati tadi, Azlimi moga cepat sembuh. Kuatkan semangat. Kali terakhir aku tengok dia di ICU Terengganu, aku rasa kali neh much better. 
Dia macam dah sedar, tapi tak sedar sepenuhnya. 
#Eh?

Tapi aku tak setuju dengan keputusan bapa saudaranya. Aku tak setuju kalau adik bongsunya dihantar ke rumah kebajikan. Aku tak setuju kalau adiknya yang sorang lagi akan dihantar ke rumah anak yatim. Dan aku tak setuju kalau pesakit tu sendiri dihantar ke Hospital Anak Yatim. Aku tak setuju kalau 6 beradik tu dipisahkan.

Bukankah permintaan terakhir arwah ibunya untuk tidak memisahkan mereka 6 beradik??

Buat Nazura, sabar dalam menjaga abangmu, Azlimi. Sabarlah kalau terpaksa ponteng sekolah macam hari ni. Tak lama pun. Bulan 6 nanti kakak kamu akan ambik alih. Apapun, teruskan usaha pertahankan adik beradik kamu.

..Family, where life begins & love never ends..
..A family's love is foreever..

Thursday, May 2, 2013

Sony Ericsson

Kenapa mereka terlalu comey?? 
Lagi teruk apabila aku langsung tak mampu nak memilikinya walaupun satu!

Rasanya kalau semua neh ada jual dekat kedai yg berdekatan,
confirm aku sanggup gunakan duit elaun sebab nak beli semua neh..
*Melting!*


Chantekkkk !!!




Nak spongy! Nak buat patrick dengki! 



 Kalaulah senang nak cari.. =(



 Dapat yang ni satu pun dah okay!



 Wow! Mesti susah nak jaga. Takut daki melekat!


 Fantastic baby !



Tetibe teringat dekat qeta BMW itu hari
Hahahahahaha #Oppps!


 Nampak macam bercahaya.. =)



Semua chantek! Kecuali yang ada bentuk love tu. 
Spoil!

 Super awesome! The cutest one! =)


Unik !