Jom potong
kuku ikut sunnah
Sunnah
memotong kuku kerana memotong kuku itu sendiri adalah sunnah, dan memotongnya
dimulai dengan yang kanan, dikiaskan kepada sunnah Nabi SAW yang memulakan
sesuatu perbuatan dimulai dengan kanan.
Menurut
pendapat Imam Nawawi:
Memulakan
dengan tangan kanan. Kemudian dahulukan dengan memotong kuku jari telunjuk –
jari tengah – jari manis – jari kelingking – kmudian memotong kuku ibu jari;
habis potong kesemua kuku di tangan kanan. Kemudian potonglah kuku tangan kiri,
dimulakan dengan jari kelingking – jari manis – jari tengah – jari telunjuk –
seterusnya ibu jari tangan kiri,
Menurut
pendapat Imam Ghazali:
Mulakan dengan
tangan kanan. Mulakan dengan memotong kuku jari telunjuk – jari tengah – jari
manis – jari kelingking. Kemudian terus berpindah ke tangan kiri, mulakan
dengan jari kelingking – jari manis – jari tengah – jari telunjuk – ibu jari
tangan kiri – kemudian balik semula ke tangan kanan dan potong kuku ibu jari
kanan.
Pendapat Imam Ahmad:
Pendapat Imam
Ahmad pula (tiada dalam gambar) agak rumit sedikit untuk diikuti tapi sangat
mujarab kerana sabit kepada satu hadith Nabi SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang
memotong kukunya secara ‘mukholifan’ tidak akan diserang penyakit mata.”
[Boleh rujuk
dalam kitab ‘Kitab Al-Mughni’]
‘Mukholifan’ bermakna
tertib-tertib
seperti yang ditunjukkan.
Menurut Imam Ahmad:
Kaedah خوابس
untuk jari kanan ertinya:
Memulakan dengan jari kelingking – jari tengah – ibu
jari – jari manis – jari telunjuk
Kaedah
أوخسب untuk
jari tangan kiri ertinya:
Mulakan dengan ibu jari – jari tengah – jari
kelingking – jari telunjuk – jari manis
*Maknanya perlu diselang selikannya.
Ini
bermakna kaedah ini perlu dilakukan secara berselang-seli. Bacalah dua tiga
kali supaya faham sambil beramal.
Wallahualam..
Mudah-mudahan
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment