Sunday, June 9, 2013

Jenis Tudung

1.    Tudung ‘Mickey Mouse’
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Mungkin nak tunjuk subang yang baru beli dekat telinga tu ataupun saje nak tayang rantai mahal kat leher. Atau boleh jadi jugak nak tayang apa-apa saja perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung jenis ni dililit sehingga menampakkan leher.

2.   Tudung Lilit
Jenis tudung ini jika dilihat memang telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan atau di selempangkan ke leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan Allah SWT yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.   Tudung ‘See Through’
Salah satu tudung jenis yang popular ini banyak dilihat di merata tempat. Kain tudung yang nipis yang menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.   Tudung Jambul
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan rambut yang dibahagian depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5.   Tudung ‘Singlet’
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakian lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelonggaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.   Tudung Saji (Sekejap pakai, sekejap tidak)
Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik yang diangkat oleh si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Inilah serba sedikit tentang pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekali gus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajipan menutup aurat.

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
“Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka keranasebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk.” 
(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir:232)

Selain itu, ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans & sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka & alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.

Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini umat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat. Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah. Semoga kaum hawa tidak lupa kepada 
Firman Allah SWT yang jelas:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.”


Ya Allah peliharalah kami dari terus melakukan kesilapan dan sedarlah kami sebelum terlambat. 
Ameen Ya Rabb..

Sunday, June 2, 2013

I Love You Because Allah

Teman saya itu kelihatan kebingungan. Antara bahagia – mungkin – dan berasa aneh. Antara berasa bersalah dan malu. Maklum, baru sahaja saya sampaikan keinginan seorang sahabat karib lelaki yang “biasa” (ertinya bukan ada di lingkungan aktivis dawah. Atau lebih adilnya, yang memilih strategi dakwah berbeza daripada teman – teman  di lembaga dakwah kampus atau fakulti, seseorang yang insya-Allah faham terhadap apa itu dakwah dan mengangggapnya sebagai sesuatu yang tidak harus ditempuh dengan cara yang seragam). Sahabat saya sendiri hilang keberaniannya kerana berasa dia tidak setaraf dengan teman akhwan saya yang Subhanallah sekali itu. Katanya, dia pasti kalah saingan dengan para ikhwan militan yang sudah lebih dahulu teguh di jalan dakwah. Dan pasti,  si akhwan itu lebih memilih mereka. Ehmmm, itu kan kelihatannya, seperti batin aku! Bukan semua ikhwan, ya! Hehehe... (maaf pada yang tersinggung)

Tetapi teman saya itu seperti menyimpan sesuatu yang luar biasa pada sahabat akhwan saya itu. Pencerahan spiritual, katanya. Pun begitu, sahabat lelaki saya itu, sedar kalau perubahannya hanya kerana sang akhwan, bererti dia riak pula?

Ternyata, lagi – lagi kes SMS ‘romantis’ itu dialami si akhwan. Si akhwan yang saya kenal hanif dan teguh itu ternyata lebih memilih membentengi dirinya dengan mematikan telefon bimbitnya yang beberapa saat menjadi sarana tidak terduga, yang menimbulkan rasa. Wuaaah!!!

Mesej terakhir daripada kawan lelaki saya itu begini: I Love You Because Allah. Alamak! Tetapi kemudian, kawan lelaki saya itu agak merasa bersalah dengan pesanan itu. Dan dia sepertinya ‘diperingatkan’ oleh sang akhwan untuk tidak melanjutkan SMS – SMSnya...

Dan, Subhanallah. Ternyata, kawan lelaki saya itu tidak berbohong seperti yang diduga orang. Katanya, “Saya tidak mahu membuat ukhti itu merasa tidak selesa.”

Komunikasi tidak berjalan. Sebab, ukhti itu ternyata tidak terpancing dengan segala romantis yang menyapanya. Dia teguh dalam sebuah pendirian. Begini katanya,

“Vid, saya merasa bersalah dengan SMS – SMS itu. Saya tidak pernah merasa memberikan respons berlebihan. Kalau saya teruskan, bukankah saya berkhalwat melalui handphone?”


# Dipetik dari buku “Syahadat Cinta” karya Taufiqurrahman Al-Azizy



7 Tindakan Berbahaya Selepas Makan


Pertama, Jangan Merokok!
Eksperimen dari pakar-pakar telah membuktikan bahawa merokok selepas makan adalah setanding dengan merokok 10 batang rokok. #Kemungkinan untuk menghudapi kanser adalah tinggi.

Kedua, Jangan makan buah-buahan serta merta!
Segera makan buah-buahan selepas makan akan menyebabkan perut akan kembung dengan udara. Buah-buahan boleh diambil, tetapi 1-2 jam selepas makan atau 1 jam sebelum makan. #Confirm kenyang sebab makan buah je.

Ketiga, Jangan Minum Teh!
Ini kerana, daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan yang kita makan menjadi 100 kali sukar untuk dihadam. #Warning to Wina, Salwa & me! Zaman prak dulu-dulu lah. 

Keempat, Tali Pinggang!
Jangan longgarkan tali pinggang selepas makan. Ini akan menyebabkan usus boleh pintal dan disekat. #Take note! Sebab aku biasa nampak housemates aku buat macam ni.

Kelima, Jangan Mandi Selepas Makan!
Amalan ini akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan yang menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan terus berkurang. Situasi ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut kita. #Aduh, terasa!

Keenam, Jangan Berjalan!
Orang selalu kata bahawa selepas makan, harus berjalan seratus langkah dan anda akan hidup sehingga 99 tahun. Pada hakikatnya, ini adalah tidak benar. Berjalan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi daripada makanan yang kita ambil. #Rasanya, Wina selalu buat kot. Opps!

Ketujuh, Jangan Tidur Dengan Segera!

Jangan tidur dengan kadar yang segera selepas makan kerana makanan yang kita ambil tidak akan tercerna dengan betul. Oleh itu, akan membawa kepada gastrik dan jangkitan di dalam usus kita. #Aku pernah dengar orang dulu-dulu kata mudah nak kena serangan jantung. Ntah betul ke tidak..