Friday, July 19, 2013

Siapa Paling Bijak ??

Semasa rompakan di Guangzhou, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank :

“Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini adalah kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..” Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

Ini dipanggil berfikir di luar kotak (Berfikir lain daripada yg lain)

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yg menggoda, perompak menjerit kepadanya: “Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan menganiaya awak secara seksual!”

Ini dipanggil profesional (Fokus hanya pada apa yg dilatih utk dilakukan)

Apabila perompak bank kembali kerumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yg lebih tua (lulusan darjah 6): “Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat.” Perompak tua menyangkal dan berkata: “Kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira? Malam ni kita tonton berita di TV, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut.”

Ini dipanggil pengalaman (Kini, pengalaman adalah lebih penting drpd sijil kertas!)

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: “Tunggu. Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yg sudah kita gelapkan dari bank!”

Ini dipanggil inovatif (Menukar keadaan tidak menguntungkan kpd keuntungan)

Penyelia berkata: “Alangkah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit.”

Ini dipanggil berpandangan jauh (Merancang masa depan selangkah lebih awal)

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta. Perompak sangat marah dan mengadu: “Celaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya dapat $ 20 juta tetapi pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya. Nampaknya lebih baik menjadi orang pintar drpd menjadi pencuri.”

Ini dipanggil pengetahuan (Pengetahuan kunci kejayaan hidup)

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran kini sudah dilangsaikan oleh rompakan itu.

Ini dipanggil sambil menyelam minum air (Mempergunakan peluang yg ada untuk mencipta peluang yg lain)

Persoalannya, Siapa perompak sebenar disini??


Credit to ******** !!