Semasa rompakan di Guangzhou, perompak bank berteriak kepada
semua orang di bank :
“Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini adalah
kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..” Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa
melawan dan senyap.
Ini dipanggil berfikir di luar kotak (Berfikir lain
daripada yg lain)
Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yg
menggoda, perompak menjerit kepadanya: “Tolong bersopan! Ini adalah rompakan,
bukan cubaan menganiaya awak secara seksual!”
Ini dipanggil profesional (Fokus hanya pada apa yg dilatih utk
dilakukan)
Apabila perompak bank kembali kerumah, perompak muda
(kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yg lebih tua (lulusan darjah 6): “Taiko,
mari kita kira berapa banyak duit kita dapat.” Perompak tua menyangkal dan berkata: “Kau ni bodoh! Terdapat
banyak wang, sampai bila baru kita habis kira? Malam ni kita tonton berita di
TV, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut.”
Ini dipanggil pengalaman (Kini, pengalaman adalah lebih penting drpd
sijil kertas!)
Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu
mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia
berkata kepadanya: “Tunggu. Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri
kita dan tambah kepada $ 70 juta yg sudah kita gelapkan dari bank!”
Ini dipanggil inovatif (Menukar keadaan tidak menguntungkan kpd
keuntungan)
Penyelia berkata: “Alangkah baiknya jika rompakan berlaku
setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit.”
Ini dipanggil berpandangan jauh (Merancang masa depan selangkah lebih awal)
Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta
telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali,
tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta. Perompak sangat marah dan mengadu: “Celaka! Kita
mempertaruhkan nyawa kita dan hanya dapat $ 20 juta tetapi pengurus bank pula
mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya. Nampaknya lebih baik menjadi
orang pintar drpd menjadi pencuri.”
Ini dipanggil pengetahuan (Pengetahuan kunci kejayaan hidup)
Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya
dalam permainan pasaran kini sudah dilangsaikan oleh rompakan itu.
Ini dipanggil sambil menyelam minum air (Mempergunakan peluang yg ada
untuk mencipta peluang yg lain)
Persoalannya, Siapa perompak sebenar disini??
Credit to ******** !!
No comments:
Post a Comment