1.Amalan adab batuk yang baik
Pesakit mesti amalkan
adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin.
Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
Buang semua tisu yang digunakan ke dalam tong sampah.
2.
Jaga kebersihan diri
Pesakit dan semua
ahli keluarga mesti mengambil langkah-langkah berikut:
• Kerap mencuci tangan dengan sabun atau air atau bahan cuci tangan berasaskan
alkohol.
• Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli
keluarga.
• Cuci peralatan yang biasa digunakan dan permukaan-permukaan yang kerap
disentuh dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa terdapat di rumah.
3.
Jangan kongsi peralatan peribadi
Jangan berkongsi peralatan
peribadi. Peralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan
selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini
perlu dicuci dengan sabun dan air.
4.Menjarakan diri (social distancing)
• Pesakit dinasihatkan
supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya selama 7 hari.
• Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggalkan di bilik berasingan.
• Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu
hamil) seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit
(sekurang-kurangnya satu meter) untuk menggelakkan jangkitan.
• Sekiranya pesakit keluar rumah (contohnya mendapat rawatan) beliau hendaklah
memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik dan
kerap memcuci tangan.
Panduan
menilai tahap kesihatan diri di rumah
Secara umumnya demam
selsema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu SEGERA mendapatkan rawatan di
hospital jika demam serta batuk atau sakit tekak, DAN mempunyai sekuarang-kurangnya
satu gejala berikut:
1. Sukar benafas.
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah.
3. Sakit dada berterusan.
4. Kerap cirit birit atau muntah yang kerap, atau kedua-duanya.
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas 3 hari
pulih.
6. Berkelakuan ganjil, celaru, kurang responsive kepada rangsangan, sawan.
7. Pening bila berdiri.
8. Kurang kencing.
#Sumber: Internet =)
No comments:
Post a Comment