Ya, yang hidup
pasti akan mati. Itu kenyataan! Aku tak tahu apa yang merasuk aku malam neh.
Tapi, tetiba je aku teringat dekat arwah kawan aku, Ruhazril Rosdi atau lebih
dikenali dengan gelaran Zow. Tak dapat aku bayangkan betapa sedihnya keluarga
arwah. Mak arwah sangat baik orangnya. Tak dapat aku bayangkan betapa pilunya
hati seorang ibu apabila kehilangan seorang anak. Tapi, kuasa takdir memang
tiada siapa yang boleh menentang. Percayalah, mungkin ada hikmah disebalik
sesuatu kejadian. Takziah.
Dulu aku selalu
ke rumah arwah dengan ibuku. Ya, memang ramai yang tak tahu keluarga kami
rapat. Persahabatan ibuku dengan ibu arwah bermula dengan persahabatan ayahku
dengan ayah arwah. Bermulanya persahabatan mereka, maka bermulalah persahabatan
aku dengan keluarga arwah. Walaupun kami satu sekolah, percaya atau tak, kami
masih boleh buat buat tak kenal di sekolah. Hahahahha Teruk, bukan?
Aku mula kenal
dengan arwah masa aku sekolah rendah lagi. Ya, SK Sura. Tapi selepas aku
berpindah ke sekolah lain, kita masih jumpa. Bila masuk Form 4, kita jumpa
lagi. Walaupun tak sekelas, tapi kita satu bangunan. Arwah selalu datang lepak
dekat kelas aku masa tu. Memang banyak kenangan pahit dan manis. The rest is
history.
Masa aku di
semester 2, aku menerima text daripada jiran aku, Zulaikha katanya “tlg
sedekahkan Al-Fatihah buat kawan sekolah kita, Ruhazril yg telah kembali ke
Rahmatullah sebab accident with Dhiya” Disebabkan aku tak percaya, aku terus
call mak aku tanya tentang berita ni dan mak aku mengesahkannya. Jangankan kata
aku terkejut bila dapat berita ni, mak aku lagi terkejut sebab sehari sebelum
kejadian, mak ada terserempak dengan arwah dan arwah dalam keadaan sihat dan
ceria. Bohong lah kalau aku cakap aku tak terkejut masa terima mesej tu.
Kebetulan keesokan harinya aku ada test. Memang malam tu aku takleh nak study
langsung sebab teringat dekat arwah.
Tarikh tu takkan
aku lupa sampai bila bila. Al-Fatihah buat arwah. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin.
al-Fatihah. Ajal datang menjemput tanpa amaran.
ReplyDelete