Kisah Ainul Mardhiah
(Bidadari Syurga)
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yg memasuki syurga. Bagi seorang wanita yg solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah SWT dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari-bidadari).
Berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT merupakan suatu amalan yg akan menjadi kesukaan Allah SWT dan ini merupakan sunnah besar nabi dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yg mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Rasulullah bersabda; "Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang 4 perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yg telah diperjuangkan, tentang hartanya dari mana datangnya dan kemana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yg telah dibuatnya." (Hadith sahih riwayat Tirmizi)
Ainul Mardhiah
(Bidadari untuk orang yg berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT)
"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan."
QS. Ar-Rahman (55) : 58
"Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yg baik-baik lagi cantik-cantik."
QS. Ar-Rahman (55) : 70
"(Bidadari-bidadari) yg jelita, putih bersih dipingit dalam rumah."
QS. Ar-Rahman (55) : 72
"Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yg menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin."
QS. Ar-Rahman (55) : 74
Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yg paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yg lain
(bermaksud mata yg diredhai).
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT) katanya siapa-siapa yg keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yg paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari surga.
Mendengar berita itu seorang sahabat yg usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi disebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi, kerana malu kepada sahabat-sahabat yg lain. Namun, dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yg akan keluar di jalan Allah SWT.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah), maka sahabat yg muda tadi juga akan turut bersama jemaah yg hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap. Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di suatu tempat yg sungguh indah. Dia bertemu dengan seorang yg berpakaian yg bersih lagi chantek dan muka yg berseri-seri. Lalu ditanya sahabat ini, dimanakah beliau berada, lalu ada suara yg menjawab. Inilah syurga.
Tiba-tiba dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yg nabi bagitau tadi). Lalu ditunjuknya di suatu arah, maka berjalanlah sahabat ini. Di suatu pepohon, beliau mendapati ada seorang wanita yg tak pernah dia lihat kecantikan yg sebegitu. Tak pernah dilihat didunia ini.
Lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya.
"Adakah ini Ainul Mardhiah?."
Wanita itu menjawab,
"Ehh tidak.
(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita).
Saya penjaganya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana disana."
Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yg cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yg kecantikannya berganda-ganda daripada yg pertama tadi. Dilihatnya sedang mengelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai, lalu diberi salam dan ditanya lagi.
"Adakah ini Ainul Mardhiah?"
Lalu wanita itu menjawab,
"Ehh tidak. Saya cuma penjaga di dalam mahligai ini. Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana."
Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan. Lalu sahabat ini sampai di satu mahligai dan mendapati seorang wanita yg berganda-ganda cantik dari yg pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yg kedua yg beliau jumpa tadi. Dan tidak pernah dilihat di dunia. Lalu wanita itu berkata,
"Akulah Ainul Mardhiah."
"Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku."
Bila lelaki itu mendekatinya, wanita itu menjawab,
"Nanti. Kamu belum syahid lagi."
Tersentak daripada itu, pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain. Namun begitu, dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi. Tapi sekiranya dia syahid barulah diceritakan kepada nabi.
Petang itu, pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yg terdapat Nabi didalamnya, telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, diwaktu hendak berbuka puasa, maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yg syahid tadi telah bangun dan merapati nabi dan menceritakan perihal mimpi pemuda syahid tadi.
Sahabat pemuda yg syahid tadi, dalam menceritakan kepada nabi, Nabi menjawab:
"Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut." Akhirnya nabi berkata memang benar ceriat sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.
#Wallahu'alam
=> Credit to Wan Nur Habibah.
No comments:
Post a Comment