Jika berjalan, dari
belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.
Golongan wanita yg jalannya berginjat, konon wanita ini
adalah wanita yg tidak jujur. Kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung
perasaan org lain. Wanita yg berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap
egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa
berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yg dimilikinya itu masih banyak
kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya
menjadi pujaan ramai lelaki.
Jika berjalan, sering
menoleh ke kanan dan kiri.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia.
Walaupun ramai yg menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman
sendiri dan merugikan teman bualnya, namun ramai lelaki yg berusaha untuk
menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
Jika berjalan, suka
menunduk.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat
yg tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yg rapat dengannya dan
boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar
untuk takluk hatinya. Di samping sikapnya yg dingin, wanita seperti ini tidak
peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yg berjaya menawan hati
wanita ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat
setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yg dicintainya.
Jika berjalan,
menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yg teguh. Bukan
senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sesekali menentang apa yg pernah
dikatanya jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya
teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti
ini hanya mampu berbual dengan orang yg berpengalaman luas.
Jika berjalan, badan
bergerak ke kanan dan kiri
Wanita yg berjalan dengan gaya yg sedemikian tidak ambil
kisah dengan masalah yg berlaku. Apa pun masalah yg ada dihadapannya, dia dianggap
kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk
diselesaikan. Kerana sifatnya yg suka ambil mudah ini, banyak persoalan yg
akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
Jika berjalan, badan
tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu
urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti
ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini,
dia bertanggungjawab terhadap apa yg pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki
yg berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
Jika berjalan,
seperti zirafah.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya ia kelihatan
bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia
seorang yg mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan
wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung kerana
wanita ini mudah mengalirkan air mata.
No comments:
Post a Comment