Monday, January 5, 2015

Welcome 2015, Goodbye 2014

Assalamualaikum..
Bismillah..



Rasa mcm dh berhabuk sgt bila dh lama gila tak amek tau pasal blog ni.

Dunia kerja. Nak cakap sibuk sgt mcm tak adil lah sbb masa tu ada je snanya, tp mood nk update blog plak yg takde. Adoi.
*Geleng kepala*

Nak taip pepanjang pn rasa mcm janggal sbb dh lama tak main blog ni.

Btw, masih blom terlambat kot bg aku nak wish Happy New Year to my blog. Ya, utk blog. Sbb dh tau mmg takde pembaca pn snanya. HAHAHA!
Ok, tak lawak.



Nak cakap pasal azam mcm emmmm, emmmm..
ok, takyah cerita pasal azam.

Walaupun byk dugaan yg kita terima dlm thn 2014, cuba pandang hikmah disebaliknya. Pandang kebaikan dlm keburukan.

Sekian,.

Thursday, September 26, 2013

'Ainul Mardhiah

Kisah Ainul Mardhiah
(Bidadari Syurga)

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah  kepada seorang lelaki yg memasuki syurga. Bagi seorang wanita yg solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah SWT dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari-bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT merupakan suatu amalan yg akan menjadi kesukaan Allah SWT dan ini merupakan sunnah besar nabi dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yg mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah bersabda; "Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang 4 perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yg telah diperjuangkan, tentang hartanya dari mana datangnya dan kemana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yg telah dibuatnya." (Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah 
(Bidadari untuk orang yg berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT)

"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan."
QS. Ar-Rahman (55) : 58

"Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yg baik-baik lagi cantik-cantik."
QS. Ar-Rahman (55) : 70

"(Bidadari-bidadari) yg jelita, putih bersih dipingit dalam rumah."
QS. Ar-Rahman (55) : 72

"Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yg menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin."
QS. Ar-Rahman (55) : 74

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yg paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yg lain 
(bermaksud mata yg diredhai).

Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT) katanya siapa-siapa yg keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yg paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari surga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yg usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi disebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi, kerana malu kepada sahabat-sahabat yg lain. Namun, dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yg akan keluar di jalan Allah SWT.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah), maka sahabat yg muda tadi juga akan turut bersama jemaah yg hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap. Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di suatu tempat yg sungguh indah. Dia bertemu dengan seorang yg berpakaian yg bersih lagi chantek dan muka yg berseri-seri. Lalu ditanya sahabat ini, dimanakah beliau berada, lalu ada suara yg menjawab. Inilah syurga.

Tiba-tiba dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yg nabi bagitau tadi). Lalu ditunjuknya di suatu arah, maka berjalanlah sahabat ini. Di suatu pepohon, beliau mendapati ada seorang wanita yg tak pernah dia lihat kecantikan yg sebegitu. Tak pernah dilihat didunia ini.

Lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya. 
"Adakah ini Ainul Mardhiah?."
Wanita itu menjawab, 
"Ehh tidak. 
(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita).
Saya penjaganya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana disana."

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yg cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yg kecantikannya berganda-ganda daripada yg pertama tadi. Dilihatnya sedang mengelap permata-permata perhiasan di dalam mahligai, lalu diberi salam dan ditanya lagi. 
"Adakah ini Ainul Mardhiah?"
 Lalu wanita itu menjawab, 
"Ehh tidak. Saya cuma penjaga di dalam mahligai ini. Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana."

Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan. Lalu sahabat ini sampai di satu mahligai dan mendapati seorang wanita yg berganda-ganda cantik dari yg pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yg kedua yg beliau jumpa tadi. Dan tidak pernah dilihat di dunia. Lalu wanita itu berkata, 
"Akulah Ainul Mardhiah."

"Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku." 
Bila lelaki itu mendekatinya, wanita itu menjawab, 
"Nanti. Kamu belum syahid lagi." 
Tersentak daripada itu, pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain. Namun begitu, dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi. Tapi sekiranya dia syahid barulah diceritakan kepada nabi.

Petang itu, pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yg terdapat Nabi didalamnya, telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, diwaktu hendak berbuka puasa, maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yg syahid tadi telah bangun dan merapati nabi dan menceritakan perihal mimpi pemuda syahid tadi.

Sahabat pemuda yg syahid tadi, dalam menceritakan kepada nabi, Nabi menjawab:
"Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut." Akhirnya nabi berkata memang benar ceriat sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.

#Wallahu'alam
=> Credit to Wan Nur Habibah.


Wednesday, September 18, 2013

Tembikai

Just a short story about buah tembikai.

Ada seorang ahli sufi yg famous, namanya Syaqiq al Bakhir. 
One day, Syaqiq pergi beli buah tembikai dekat pasar.

Sampai di rumah, Syaqiq beri buah tembikai itu pada isterinya. Isteri Syaqiq gembira, terus dia potong buah tembikai tersebut.

Tapi, selesai buah tembikai itu dipotong, alangkah marahnya isteri Syaqiq tadi bila tengok buah tembikai itu tidak elok.

Melihatkan keadaan si isteri ni tadi, Syaqiq duduk sebelah isterinya. Dia tanya, 
"Kepada siapa awak tujukan kemarahan tu?"

"Adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?" tanya Syaqiq. Isterinya diam.

"Setiap penjual nakkan jualan yg baik. Setiap penanam nakkan hasik tanaman yg baik. Dan setiap pembeli sekalipun nakkan barang yg baik."

"Maka ternyatalah marahmu ini ditujukan kepada Pencipta buah ini. Maka bertaqwalah kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya."

Lepas dengar kata-kata Syaqiq, isterinya menangis dan terus bertaubat kepada Allah SWT.


Credit to Mato.

P/S : Walaupun cerita ringkas, tapi banyak pengajaran yg dapat diambil. Terima kasih diatas perkongsian cerita ini.

Jika Berjalan

Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah.

Golongan wanita yg jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yg tidak jujur. Kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan org lain. Wanita yg berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yg dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


Jika berjalan, sering menoleh ke kanan dan kiri.

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yg menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri dan merugikan teman bualnya, namun ramai lelaki yg berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


Jika berjalan, suka menunduk.

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yg tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yg rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk takluk hatinya. Di samping sikapnya yg dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yg berjaya menawan hati wanita ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yg dicintainya.


Jika berjalan, menatap lurus ke depan

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yg teguh. Bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sesekali menentang apa yg pernah dikatanya jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mampu berbual dengan orang yg berpengalaman luas.


Jika berjalan, badan bergerak ke kanan dan kiri

Wanita yg berjalan dengan gaya yg sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yg berlaku. Apa pun masalah yg ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yg suka ambil mudah ini, banyak persoalan yg akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


Jika berjalan, badan tampak tegak

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawab terhadap apa yg pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yg berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.


Jika berjalan, seperti zirafah.


Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yg mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Friday, August 30, 2013

Antara 3 Perkara

Antara 3 perkara dalam hidup yg tidak boleh kembali.

Waktu
Kata-kata
  Kesempatan


Antara 3 perkara yg dapat hancurkan seseorang.

   Kemarahan
  Keangkuhan
    Dendam


Antara 3 perkara yg tidak boleh hilang.

 Harapan
 Keikhlasan
  Kejujuran


Antara 3 perkara yg paling berharga.

Kasih sayang
Cinta
 Kebaikan


Antara 3 perkara yg tidak pernah pasti.

 Kekayaan
  Kejayaan
    Mimpi


Antara 3 perkara yg membentuk watak seseorang.

Komitmen
 Ketulusan
Kerja keras


Antara 3 perkara yg membuat kita berjaya.

Tekad
Kemahuan
  Fokus


Antara 3 perkara yg tidak pernah tahu.

   Rezeki
Umur
 Jodoh


Antara 3 perkara dalam hidup yg pasti.

Tua
Sakit

 Kematian

Friday, July 19, 2013

Siapa Paling Bijak ??

Semasa rompakan di Guangzhou, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank :

“Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini adalah kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..” Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

Ini dipanggil berfikir di luar kotak (Berfikir lain daripada yg lain)

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yg menggoda, perompak menjerit kepadanya: “Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan menganiaya awak secara seksual!”

Ini dipanggil profesional (Fokus hanya pada apa yg dilatih utk dilakukan)

Apabila perompak bank kembali kerumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yg lebih tua (lulusan darjah 6): “Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat.” Perompak tua menyangkal dan berkata: “Kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira? Malam ni kita tonton berita di TV, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut.”

Ini dipanggil pengalaman (Kini, pengalaman adalah lebih penting drpd sijil kertas!)

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: “Tunggu. Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yg sudah kita gelapkan dari bank!”

Ini dipanggil inovatif (Menukar keadaan tidak menguntungkan kpd keuntungan)

Penyelia berkata: “Alangkah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit.”

Ini dipanggil berpandangan jauh (Merancang masa depan selangkah lebih awal)

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta. Perompak sangat marah dan mengadu: “Celaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya dapat $ 20 juta tetapi pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya. Nampaknya lebih baik menjadi orang pintar drpd menjadi pencuri.”

Ini dipanggil pengetahuan (Pengetahuan kunci kejayaan hidup)

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran kini sudah dilangsaikan oleh rompakan itu.

Ini dipanggil sambil menyelam minum air (Mempergunakan peluang yg ada untuk mencipta peluang yg lain)

Persoalannya, Siapa perompak sebenar disini??


Credit to ******** !!


Sunday, June 9, 2013

Jenis Tudung

1.    Tudung ‘Mickey Mouse’
Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga. Mungkin nak tunjuk subang yang baru beli dekat telinga tu ataupun saje nak tayang rantai mahal kat leher. Atau boleh jadi jugak nak tayang apa-apa saja perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung jenis ni dililit sehingga menampakkan leher.

2.   Tudung Lilit
Jenis tudung ini jika dilihat memang telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan atau di selempangkan ke leher sahaja. Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan Allah SWT yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.   Tudung ‘See Through’
Salah satu tudung jenis yang popular ini banyak dilihat di merata tempat. Kain tudung yang nipis yang menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.   Tudung Jambul
Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan rambut yang dibahagian depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5.   Tudung ‘Singlet’
Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakian lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelonggaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.   Tudung Saji (Sekejap pakai, sekejap tidak)
Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher. Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik yang diangkat oleh si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Inilah serba sedikit tentang pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekali gus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajipan menutup aurat.

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:
“Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka keranasebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk.” 
(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir:232)

Selain itu, ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans & sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka & alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.

Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini umat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat. Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah. Semoga kaum hawa tidak lupa kepada 
Firman Allah SWT yang jelas:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.”


Ya Allah peliharalah kami dari terus melakukan kesilapan dan sedarlah kami sebelum terlambat. 
Ameen Ya Rabb..