Suatu hari seorang guru
bertanya kepada murid – muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia
akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”
Seorang murid setelah
berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang
sabar, oleh itu dia berteriak.”
“Tapi...” guru bertanya
kembali.
“Orang yang dimarahinya
hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara
secara lembut?”
Hampir semua murid
memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun, tiada
satu pun jawapan yang memuaskan.
Maka guru berkata, “Ketika
dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara dua hati mereka menjadi
amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai
jarak yang demikian, mereka harus berteriak.”
Namun anehnya, semakin kuat
mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak
hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka
terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”
Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya,
apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?”
Mereka tidak berteriak,
mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu
perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimanapun, kedua – duanya masih dapat
mendengar dengan begitu jelas.
“Mengapa demikian?” Guru
bertanya sambil memerhatikan muridnya.
Mereka kelihatan berfikir
panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati
mereka begitu dekat, hati mereka tidak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu
diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang
ingin mereka sampaikan.”
Ketika kita sedang dilanda
kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan
kata – kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperi
itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu
kita.
>> Credit to Ayie.. <<
No comments:
Post a Comment