* 80% orang yang
disambar petir adalah lelaki.
* Ikan mas koki akan
memudarkan warnanya apabila diletakkan dalam tempat yang suram cahayanya atau
bila ditempatkan dalam air yang mengalir. Ikan ini akan tetap berwarna keemasan
apabila diletakkan didalam sebuah akuarium dengan cahaya yang cukup.
* Pasukan bola sepak
India menarik diri dalam pusingan akhir Piala Dunia FIFA pada tahun 1950 kerana
mereka tidak diizinkanbermain dengan kaki ayam. Sejak itu mereka belum pernah
mendapat peluang untuk bertanding di peringkat tersebut lagi.
* Jesse James adalah
perompak kereta api yang pertama di dunia. Ia merupakan rompakan terhadap para
penumpang kereta api pada 21 Julai 1873 di Adair, lowa, Amerika Syarikat.
* Lombong garam
Wieliczka di bandar Wieliczka dekat Krakow, Poland telah beroperasi selama
hampir 1000 tahun.
* Sejak pendudukan
Israel, dari 9 juta warga Palestin, 6 juta di antaranya berada di luar negeri.
Dari 3 juta yang berada di dalam negeri lebih dari setengahnya berada dalam
tahanan.
* Tikus boleh jatuh
menegak setinggi 12 kaki tanpa cedera dan tikus juga boleh melompat setinggi 12
inci.
* Alexander Alekhine
meninggal di Estoril, Portugal kerana tersedak sepotong daging. Jenazahnya
hanya dikuburkan tiga minggu kemudian kerana tiada seorang pun yang menuntutnya.
* Kota Bandung
adalah bandar terpadat penduduknya di Indonesia, kepadatan penduduk kota ini
adalah 15.745 orang per km.
* Tempe terpanjang
didunia dibuat oleh warga Kwaron, Kelurahan Bangetayu Kulon, Kecamatan Genuk,
Semarang. Tempe yang panjangnya 501.74 meter, lebar 6 sm dan tebal 2 sm itu
dibuat untuk memperingati Hari Kemerdekaan Republik Indonesia, 17 Ogos 2004.
Pembuatan tempe ini menghabiskan bahan berupa 375 kg kedelai dan 0.5 kg ragi.
* Presiden John
Tyler adalah presiden Amerika Syarikat pertama yang difoto ketika masih
menjawat jawatan. John Quincy Adams, Andrew Jackson, Martin Van Buren diambil
fotonya setelah turun dari jawatan presiden.
* Orang utan boleh
ketawa terbahak – bahak. Para pengkaji mendedahkan bahawa orang utan adalah
sejenis kera moden kerana mempunyai rasa empati dan mimik wajah serta mampu
tertawa terbahak – bahak seperti manusia.
*Manusia yang
terjatuh dari tempat tinggi biasanya akan mengaduh atau mengadoi, bukan menikus
atau berdiam diri.
No comments:
Post a Comment