Saturday, March 23, 2013

Perginya Seorang Insan


23.03.2013, perginya seorang insan yang disayangi ramai. Satu-satunya adik nenekku yang masih tinggal hingga ke hari ini. Tepat jam 1.45 petang, aku mendapat panggilan telefon dari ibuku. Berita yang mengejutkan itu, diamanahkan buat aku sampaikan kepada nenek yang berada disini.

Jujur aku cakap, aku lebih rela biarkan adikku menyampaikan pesanan melalui sms, berbanding mendengar sendiri dari mulut emak aku dengan suara yang sebak. Tangisan seorang ibu. Kalaulah aku berada disamping ibuku...

Selang beberapa minggu sebelum ini, kami dikhabarkan dengan pemergian seorang yang jasanya hanya Allah SWT mampu balas, iaitu datuk saudara emakku. Salah seorang yang membesarkan emak aku.

Memang tiada sesiapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud “Setiap yang hidup pasti akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” 
(Surah Al-Anbiya’ ayat 35)

Al-Fatihah..


Surah Al-Fatihah



1.     Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam.

3.   Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

4. Yang menguasai hari pembalasan.

5.   Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.

6.   Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

7.   Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka.

8.   Bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Solat Diakhir Waktu


Petang tadi, aku baru habiskan bacaan ringan yang dipinjamkan oleh Salwa. Bacaan tu, memang ringan, santai-santai saja. Ada something yang pada aku, penulisannya perlu dikongsi bersama. Boleh dijadikan pengetahuan sampingan.

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan solat. Jika berpuasa, amalan kita terus pada Allah SWT. Tapi jika kita bersolat, ada ‘posmen’ pula yang hantar amalan kita pada-Nya.

Setiap kali kita solat, ada malaikat yang hantarkan amalan solat kita pada-Nya... ia perlu melalui ‘tol-tol’ di setiap lapisan langit. Malaikat yang menjaga setiap ‘tol’ ini.

Jika solat pada awal waktu, tidak perlu bayar ‘tol’. Maknanya tidak ada sekatan. Tiadak ada jam. Malaikat terus sampaikan amalan kita pada Allah SWT untuk dinilaikan.

Jika solat pada akhir waktu, tak perlu bayar ‘tol’ juga, tapi sekatan, masya-ALLAH! Di langit pertama, penjaga ‘tol’ marahkan posmen kita. Disoalnya, mengapa lewat poskan amalan kita? Merayu-rayu posmen kita minta diberi laluan, tapi penjaga langit pertama tak hiraukan, sebaliknya amalan lewat solat tadi dicampakkan balik ke bumi lalu jatuh berderai!

Maka tidak sampailah amalan kita pada Allah SWT seolah-olah kita tidak solat jugak. Jadi, bersedialah kita menerima pembalasannya, jika tidak diakhirat, di dunia.. Hilang duit, hati risau, ujian bertimpa-timpa.


One to Ten



The most selfish one letter ‘I’
 Avoid it

Most satisfactory two letters ‘WE’
Use it

Most poisonous three letters ‘EGO’
Kill it

Most used four letters ‘LOVE’
Value it

Most pleasing five letters ‘SMILE’
Keep it

Fastest spreading six letters ‘RUMOUR’
Ignore it

Hardworking seven letters ‘SUCCESS’
Achieve it

Most enviable eight letters ‘JEALOUSY’
Distance it

Most powerful nine letters ‘KNOWLEDGE’
Acquire it

Most divine ten letters ‘FRIENDSHIP’
Maintain it


Saturday, March 16, 2013

8 Pahala Yang Berterusan


Anas r.a. berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetap diterima seorang hamba Allah SWT walaupun dia telah meninggal dunia iaitu:

1.      SESIAPA yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal ibadat.

2.     SESIAPA yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya.

3.    SESIAPA yang menulis mashaf (naskhah Al-Quran yang bertulis tangan) selagi ada orang yang membacanya.

4.    SESIAPA yang menggali perigi selagi da orang yang menggunakannya.

5.     SESIAPA yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya, sama ada manusia atau burung.

6.    MEREKA yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7.     IBU BAPA yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya.

8.    GURU AL-QURAN yang mengajar ilmu kitab suci kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya.


Friday, March 15, 2013

Rahsia Solat


Niat Sembahyang:
Sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.

Berdiri Betul:
Fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

Takbiratul Ihram
Fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

Al-Fatihah:
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

Rukuk:
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

Iktidal:
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

Sujud:
Memagar kita ketika menyeberangi titian sirotulmustaqim.

Duduk Antara Dua Sujud (Awal):
Akan menaung panji-panji kita didalam kubur.

Duduk Antara Dua Sujud (Akhir):
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang masyar.

Tahiyat Akhir:
Sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukan Munkar dan Nakir di dalam kubur.

Selawat Ke Atas Nabi SAW:
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

Salam:
Memelihara kita di dalam kubur.

Tertib:
Akan pertemukan kita dengan Allah SWT.


Moga Cepat Sembuh Part 1


Apa yang aku nak kongsi disini, walau apa sekalipun dugaan yang mendatang, hadapinya dengan sabar dan redha. Mungkin Allah SWT ingin menguji sejauh mana tahap keimanan kita terhadapNya.

 Mungkin ada pihak yg akan cakap, “Ala, cakap senang lah, sebab bukan kena atas kepala sendiri”. Mungkin. Abaikan.

Hajat aku taip entry kali neh sebab nak share kisah kawan, kepada adik aku sendiri. Memadailah aku nyatakan namanya ‘Mohd Azlimi’ sahaja. Niat aku, bukan nak aibkan dia sebab aku dah anggap Mohd Azlimi tu macam adik aku sendiri.

Last aku jumpa Mohd Azlimi masa awal bulan March baru-baru neh. Kebetulan, weekend tu aku balik rumah dan Mohd Azlimi ada sekali tengah lepak dengan adik. Dah macam best friend je aku tengok 2 orang tu. Okay, abaikan.

Nak dijadikan cerita, minggu lepas (7 March) Mohd Azlimi accident bersama seorang rakannya yg hanya cedera ringan. Jiran sebelah rumah ada cakap, Mohd Azlimi datang cari adik aku sebelum tu. Mungkin nak ajak adik aku ke pasar malam. Kebetulan, minggu lepas, adik aku tiada di rumah.

Kereta vs motorsikal dekat area Gong Pasir, Dungun. Itulah yg berlaku. Kuat tak kuat kena langgar, Mohd Azlimi tercampak masuk longkang besar. Besar mana longkang tu, aku tak tahu sebab aku bukan saksi kejadian.

 Kesan daripada tu, doktor cakap, tempurung retak, masalah di paru-paru, di bahagian telinga dan hidung plak darah keluar tak henti-henti. Walaubagaimanapun, bila doktor scan kali kedua, alhamdulillah, tak ada darah beku dikesan di kepala.

Mula-mula Mohd Azlimi yg berusia 16 tahun tu dihantar ke Hospital Dungun, tapi disebabkan doktor dekat hospital tu tak boleh nak buat apa, so Mohd Azlimi terpaksa dihantar ke Hospital Terengganu dan ditempatkan di wad ICU (Aras 3, No.8).

Mohd Azlimi terpaksa ditidurkan buat sementara waktu kerana doktor tak mahu Mohd Azlimi banyak bergerak terutama di bahagian lehernya. Tapi ada yg mengatakan Azlimi koma sekarang. Ya, hari neh genap Mohd Azlimi koma untuk hari ke-8.

Lebih tersentuh apabila Mohd Azlimi yg kematian ayahnya tercinta suatu ketika dahulu terpaksa pula kehilangan ibu tersayang Disember 2012 baru-baru neh. Dengan memegang gelaran anak yatim piatu, Mohd Azlimi meneruskan hidup dengan tinggal bersama dengan neneknya.

Masa aku pergi melawat dia, sebak je yg mampu aku cakap. Memang kesian kalau tengok keadaan dia. Sekarang doktor memerlukan RM 10,000 untuk membuat pembedahan pada bahagian leher dan beberapa anggota lain. Harap solat hajat dan bacaan Yaasin yg dilakukan di masjid-masjid dan surau-surau berterusan agar Mohd Azlimi dipermudahkan segalanya.

Walau apa dugaan sekalipun, aku harap Mohd Azlimi cepat sedar dari koma.  Kuatkan semangat untuk hadapi hari mendatang. Ingatlah, walau apa pun yg berlaku, Allah SWT selalu ada bersama kita.


7 Sunnah Rasulullah SAW


Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua:
Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama waktu Subuh. Sebelum melangkah kemana sekalipun, langkahkan kaki ke masjid terlebih dahulu.

Keempat:
Jaga solat Dhuha kerana kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah SWT menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam:
Jaga wudhu’ terus menerus kerana Allah SWT menyayangi hamba yang berwudhu’

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat “astaghfirullah al azim”



Tuesday, March 12, 2013

10 Golongan Manusia


10 Golongan Manusia Yang Diusir Dari Padang Mahsyar.

1.      Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.

2.  Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.

3.    Mereka dihalau dalam keadaan terbalik, kaki diatas dan kepala dibawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta.

4.   Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak, bangga diri dan sombong.

5.     Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri, sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang mejijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan perilakunya.

6.    Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk mnyokong pemimpin yang tidak jujur.

7.    Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang yang mengganggu jirannya.

8.    Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan curang dalam menetapkan hukum.

9.    Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yang syirik kepada Allah SWT.



Sunday, March 3, 2013

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya aku telah bermimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum diisrak ke langit!”

* * * * *
1.      Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan berkat ketaatan dan kepatuhannya kepada kedua-dua ibu bapanya.

* * * * *
2.  Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, kemudian dia diselamatkan keberkatan wuduknya yang sempurna.

* * * * *
3.    Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, kemudian dia diselamatkan oleh keberkatan zikirnya yang ikhlas kepada Allah Taala.

* * * * *
4.   Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Azab, kemudian dia dilepaskan oleh keberkatan solatnya yang khusyuk dan ikhlas kepada Allah Taala.

* * * * *
5.     Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga, dia dihalang daripada meminumnya, kemudian dia diberi minum sehingga puas berkat pahala puasanya yang ikhlas kepada Allah Taala.

* * * * *
6.    Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, kemudian dia dibenarkan menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku berkat mandi junub yang ditepati segala rukunya.

* * * * *
7.    Aku melihat seorang dari umatku berada dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri dalam keadaan bingung, maka datanglah keberkatan haji dan umrahnya yang mabrur lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

* * * * *
8.    Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, kemudian sapaan dan bicaranya berbalas berkat akhlaknya yang suka menghubungkan silaturrahim dan menjauhi permusuhan sesama umatku.

* * * * *
9.    Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, kemudian terbentenglah muka dan kepalanya daripada sambaran api neraka berkat sedekahnya yang ikhlas kerana Allah Taala.

* * * * *
Nabi Muhammad s.a.w. kemudia bersabda:
“Sampaikanlah pesanku ini kepada umatku yang lain walaupun sepotong ayat!”