Saturday, March 23, 2013

Perginya Seorang Insan


23.03.2013, perginya seorang insan yang disayangi ramai. Satu-satunya adik nenekku yang masih tinggal hingga ke hari ini. Tepat jam 1.45 petang, aku mendapat panggilan telefon dari ibuku. Berita yang mengejutkan itu, diamanahkan buat aku sampaikan kepada nenek yang berada disini.

Jujur aku cakap, aku lebih rela biarkan adikku menyampaikan pesanan melalui sms, berbanding mendengar sendiri dari mulut emak aku dengan suara yang sebak. Tangisan seorang ibu. Kalaulah aku berada disamping ibuku...

Selang beberapa minggu sebelum ini, kami dikhabarkan dengan pemergian seorang yang jasanya hanya Allah SWT mampu balas, iaitu datuk saudara emakku. Salah seorang yang membesarkan emak aku.

Memang tiada sesiapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud “Setiap yang hidup pasti akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” 
(Surah Al-Anbiya’ ayat 35)

Al-Fatihah..


No comments:

Post a Comment