Sunday, March 3, 2013

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya aku telah bermimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum diisrak ke langit!”

* * * * *
1.      Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikat maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan berkat ketaatan dan kepatuhannya kepada kedua-dua ibu bapanya.

* * * * *
2.  Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, kemudian dia diselamatkan keberkatan wuduknya yang sempurna.

* * * * *
3.    Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, kemudian dia diselamatkan oleh keberkatan zikirnya yang ikhlas kepada Allah Taala.

* * * * *
4.   Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut melalui duburnya oleh malaikat Azab, kemudian dia dilepaskan oleh keberkatan solatnya yang khusyuk dan ikhlas kepada Allah Taala.

* * * * *
5.     Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga, dia dihalang daripada meminumnya, kemudian dia diberi minum sehingga puas berkat pahala puasanya yang ikhlas kepada Allah Taala.

* * * * *
6.    Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, kemudian dia dibenarkan menyertai kumpulan para nabi dan duduk di sebelahku berkat mandi junub yang ditepati segala rukunya.

* * * * *
7.    Aku melihat seorang dari umatku berada dalam keadaan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri dalam keadaan bingung, maka datanglah keberkatan haji dan umrahnya yang mabrur lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

* * * * *
8.    Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, kemudian sapaan dan bicaranya berbalas berkat akhlaknya yang suka menghubungkan silaturrahim dan menjauhi permusuhan sesama umatku.

* * * * *
9.    Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, kemudian terbentenglah muka dan kepalanya daripada sambaran api neraka berkat sedekahnya yang ikhlas kerana Allah Taala.

* * * * *
Nabi Muhammad s.a.w. kemudia bersabda:
“Sampaikanlah pesanku ini kepada umatku yang lain walaupun sepotong ayat!”


No comments:

Post a Comment