Friday, March 15, 2013

Moga Cepat Sembuh Part 1


Apa yang aku nak kongsi disini, walau apa sekalipun dugaan yang mendatang, hadapinya dengan sabar dan redha. Mungkin Allah SWT ingin menguji sejauh mana tahap keimanan kita terhadapNya.

 Mungkin ada pihak yg akan cakap, “Ala, cakap senang lah, sebab bukan kena atas kepala sendiri”. Mungkin. Abaikan.

Hajat aku taip entry kali neh sebab nak share kisah kawan, kepada adik aku sendiri. Memadailah aku nyatakan namanya ‘Mohd Azlimi’ sahaja. Niat aku, bukan nak aibkan dia sebab aku dah anggap Mohd Azlimi tu macam adik aku sendiri.

Last aku jumpa Mohd Azlimi masa awal bulan March baru-baru neh. Kebetulan, weekend tu aku balik rumah dan Mohd Azlimi ada sekali tengah lepak dengan adik. Dah macam best friend je aku tengok 2 orang tu. Okay, abaikan.

Nak dijadikan cerita, minggu lepas (7 March) Mohd Azlimi accident bersama seorang rakannya yg hanya cedera ringan. Jiran sebelah rumah ada cakap, Mohd Azlimi datang cari adik aku sebelum tu. Mungkin nak ajak adik aku ke pasar malam. Kebetulan, minggu lepas, adik aku tiada di rumah.

Kereta vs motorsikal dekat area Gong Pasir, Dungun. Itulah yg berlaku. Kuat tak kuat kena langgar, Mohd Azlimi tercampak masuk longkang besar. Besar mana longkang tu, aku tak tahu sebab aku bukan saksi kejadian.

 Kesan daripada tu, doktor cakap, tempurung retak, masalah di paru-paru, di bahagian telinga dan hidung plak darah keluar tak henti-henti. Walaubagaimanapun, bila doktor scan kali kedua, alhamdulillah, tak ada darah beku dikesan di kepala.

Mula-mula Mohd Azlimi yg berusia 16 tahun tu dihantar ke Hospital Dungun, tapi disebabkan doktor dekat hospital tu tak boleh nak buat apa, so Mohd Azlimi terpaksa dihantar ke Hospital Terengganu dan ditempatkan di wad ICU (Aras 3, No.8).

Mohd Azlimi terpaksa ditidurkan buat sementara waktu kerana doktor tak mahu Mohd Azlimi banyak bergerak terutama di bahagian lehernya. Tapi ada yg mengatakan Azlimi koma sekarang. Ya, hari neh genap Mohd Azlimi koma untuk hari ke-8.

Lebih tersentuh apabila Mohd Azlimi yg kematian ayahnya tercinta suatu ketika dahulu terpaksa pula kehilangan ibu tersayang Disember 2012 baru-baru neh. Dengan memegang gelaran anak yatim piatu, Mohd Azlimi meneruskan hidup dengan tinggal bersama dengan neneknya.

Masa aku pergi melawat dia, sebak je yg mampu aku cakap. Memang kesian kalau tengok keadaan dia. Sekarang doktor memerlukan RM 10,000 untuk membuat pembedahan pada bahagian leher dan beberapa anggota lain. Harap solat hajat dan bacaan Yaasin yg dilakukan di masjid-masjid dan surau-surau berterusan agar Mohd Azlimi dipermudahkan segalanya.

Walau apa dugaan sekalipun, aku harap Mohd Azlimi cepat sedar dari koma.  Kuatkan semangat untuk hadapi hari mendatang. Ingatlah, walau apa pun yg berlaku, Allah SWT selalu ada bersama kita.


No comments:

Post a Comment