Tuesday, June 26, 2012
Friday, June 22, 2012
Sekeping Surat Cinta Gila !
Buatmu
kekasihku yang berada di langit ...
Dalam kesuraman warna lembayung yang
ketika tujuh bulan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit Kirmizi, tiba – tiba
aku terkenangkan nolstagia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiran kau
membelit tali perutku. Kamu juga telah mengajar aku ertia cinta, mengenalkan
aku pada singa laut, beruang kutub, penguin, kambing, salji, mee rebus, cendol,
tong sampah, kotak pensel, tali kasut dan pasu bunga. Kau dan aku umpama Siti
Nurhaliza dan Datuk K yang tidak dapat dipisahkan.
Malangnya percintaan kita yang mendapat
liputan meluas hingga ke planet Marikh itu telah mengundang perpisahan yang
akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak ayam di Thailand kerana penyakit
selsema burung. Kau juga pergi ketika rakyat Malaysia menyaksikan pernikahan
Siti Nurhaliza dengan Datuk K. Pemergian kau mengakibatkan aku menghidap
penyakit SARS secara mengejut. Aku bagaikan planet Pluto yang hampir
tergelincir dari orbit dan terpelanting ke ruang angkasa. Apabila daya tarikan
graviti terhadapku tidak lagi berfungsi setelah aku tersungur dalam percintaan.
Menara cinta yang kita bina dari bunga –
bungaan yang dipetik secara haram di Taman Botani, Putrajaya akhirnya musnah
berkecai setelah kamu berpaling tadah. Sejak kamu tiada, aku selalu berbual –
bual dengan pokok mempelam di belakang rumahku untuk mengisi masa lapang.
Kadang – kadang aku mengikat botol oren di tiang rumahku agar nampak lebih
cantik. Saban hari aku termenung di tepi peti sejuk mengenangkan diri kamu yang
telah entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan kue teow
goreng untuk melupakanmu. Aku membelasah 4 ekor ikan emas kawan karibku tanda
aku kecewa. Mengapa ?? Mengapa sayang ?? Mengapa semua ini terjadi ?? Mengapa
setelah kamu curi hatiku, kamu rompak cintaku !! Derita yang kamu ciptakan itu
adalah bebanan yang terlalu berat untukku tanggung bagaikan mendukung 92 ekor
kuda dan 42 ekor arnab. Oh !! Terlalu berat dugaan yang aku tempuhi masa kini.
Kini segala harapanku telh hancur berkecai bagaikan gelas kaca terjatuh dari
Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Kuala Lumpur
lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudian digilis pula olek komuter
hingga aku hancur lumat. Kini, segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa
aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukanlah Michael
Jackson, Datuk K, Superman atau Jet Li. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang
kamu suka. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan duit.
Segalanya sungguh mengharukan dan semua
hadiah pemberianmu termasuklah anak patung “Hello Kitty” telah pun aku cincang
untuk dibuat makanan anai – anai. Walaupun segalanya telah pun berakhir, di
atas pokok mempelam di belakang rumahku ini aku tetap menunggumu. Aku tahu kamu
akan pulang menemui diriku. Selagi ada nafas ini, selagi Mawi dan Ina belum
disatukan, selagi Kumpulan VE tidak berpecah, selagi itulah aku tetap
menunggumu sehinggalah mentari terbit waktu malam.
Namun, aku menyedari bahawa penantianku
ini hanya sia – sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputuan untuk menunggu
tiang elektrik berbuah. Nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Kamu nak tak ??
Resepi Belajar
R a m u a n :
A c u a n p a d a k e s u
n g g u h a n –
S e g e n g
g a m t e k a d .
S e r u m p u n i l m u .
S e u l a s u s a h a .
S e b u t i r i k h l a s .
S e r a n g k a i m i n a t .
S e c e b i s p e n g e r t i a n .
S e h i r i s p e n g a l a m a n .
P e r c i k a n p e r a s a a n .
M u t i a r a k e r i n d u a n .
H i a s a n :
S e u l a s s e n y u m a n .
S e m a n i s k h a y a l an .
S e l u h u r k e s y u k u r a n .
S e i n d a h p e r h a t i a n & k a s i
h s a y a n g .
C a r a m e n g
a d u n n y a :
S e g e n g g a m t e k a d d i t u
m b u k b e r s a m a s e r u
m p u n i l m u .
A c u a n u s a h a d i i r
i n g i d e n g a n s e b u
t i r k e i k h l a s a n d a n m i n a
t .
L a l u , p e r c i k a n p e r a
s a a n d i g o r e n g b e r s
a m a s e c e b i s p e n g
e r t i a n .
S e t e l a h s e b a t i , s e u l a s u s a h
a d i u l i t d e n g
a n s er u m p u n d o a a g a r
p
e r i s a n y a l e b i h t e r a
s a k e i s t i m e w a a n n y a t e r s
e r l a h .
B u n g a – b u n g a i k a t a n m i n a
t , d i h a l u s i d e n g a n s e h i
r i s p e n g a l a m a n d i m a
y a n g h a l u s , l a l u d i g o
r e n g b e r s a m a m u t i
a r a k e r i n d u a n .
S e t e r u s n y a c e n d a w a n p e r h
a t i a n d i h i a s i n d a
h b e r s a m a s e u l
a s s e n y u m a n , s e m a n is k h a y
a l a n , s e l u r u h k e s y
u k u r a n s e r t a s e i n
d a h K a s i h s a y a
n g .
S u a t u p e n g h a r g a a n y a n g
m
e m b e r i e r t i , d i a g u n g p e n u
h s y a h d u p a d a Y a n g M a h a
E
s a a g a r f a n t
a s i m e n j a d i r e a l
t i .
S E L A M A T M E N C U B A ! !
Cintaku Nan Agung
Kawan
– kawanku mengata aku gila, aku hanya
tersengih, kemudian ada menambah mengatakan aku lupa asal keterunan. Biarlah
mereka berkata, aku tetap teguh dengan cintaku. Memang aku tergila – gilakan
Julia. Aku jatuh cinta dengan Julia sejak dulu lagi. Julia langsung tiada
perasaan terhadapku walaupun berkali – kali aku luahkan betapa suka dan
cintanya aku kepada Julia. Julia hanya diam dan kadang – kadang berlalu begitu
sahaja apabila aku berjumpanya untuk meluahkan rasa cinta.
Aku
tetap tidak kenal erti putus asa. Setiap petang aku pasti menunggu Julia di
bawah pohon sena di padang pinggir kampung. Julia selalu berada di situ. Aku
sendiri tidak mengerti tingkah laku Julia. Kalau memang dia tidak sudi, mengapa
dia selalu lepak di padang ini ? Aku ketawa dan ketawa hingga terkeluar segala
apa yang aku makan semalam. Entah –
entah Julia memang sengaja hendak jual mahal dan suka apabila diusik. Aku
percaya, walaupun sedikit, pasti ada sekelumit rasa suka Julia pada aku.
Masakan dia selalu lepak dan bersembang di kawasan aku. Aku memuji sikap Julia
dalam hati. Dia bukan gadis sembarangan. Dia tidak pernah berjalan sendirian,
setiap langkahnya pasti berteman kawan – kawan.
Seperti
petang sebelumnya aku menanti Julia di tempat biasa. Beberapa orang budak
kampung yang lalu lalang menjeling aku dan ada diantaranya yang bercakap –
cakap seperti mencemuhku. Aku buat tidak tahu, apalah sangat hendak dilayan
budak setahun jagung seperti mereka. Aku buat – buat tidak nampak dan sesekali
aku membedek bunga lalang dan mengunyah hujungnya. Aku sudah tidak senang duduk
sejak tadi. Kelibat Julia langsung tidak kelihatan hari ini. Hanya rakan – rakan Julia yang sedang bertenggek di bawah pokok ketapang di hujung
sana. Hendak bertanya tentang Julia, aku malu. Aku sedar diri aku. Aku tidak
mahu diketawakan lagi. Tadi ketika lalu di warung Kak Siti, aku ada mendengar
orang – orang kampung bercakap tentang Julia.
“Hari
tu sorang tauke dari pekan datang jumpa Pak Salleh.”
“Jadi
Orang Kaya Besarlah Pak Salleh nanti” ada suara menyampuk.
Antara bait butir
yang sempat dicuri dengar oleh aku. Hendak saja aku bagi penampar arab mulut
cabul Abang Bakar, Pak Hassan dan beberapa orang kampung yang setiap hari
bersidai di warung Kak Siti. Tapi aku tidak meneruskan hajatku. Apalah dayaku,
aku sedar siapa diri ini dan aku terus berjalan mempercepatkan langkahku,
semakin sayup bunyi mengekek seisi warung. Dasar manusia durjana yang memang
suka ketawa dan bergembira di atas kehancuran satu jiwa, aku berfalsafah
seorang diri.
Alunan
suara bilal melaungkan azan sayup – sayup kedengaran. Aku menyapu mukaku, tidak
sedar hari sudah menginjak ufuk senja. Julia yang ditunggu langsung tidak
menjengah. Benarkan Julia kesayanganku sudah dipinang orang ? Jika benar,
alangkah tersiat hatiku yang satu ini lantas menjadi debu dan dipijak orang
sesuka hati. Jika khabar orang yang didengar benar belaka, tidak sanggup lagi
aku untuk terus hidup terseksa menanggung derita andai Julia tiada dalam
pandangan. Tersayat pedih hatiku yang masih terluka. Biarpun Julia tidak pernah
bagi respon padaku, aku tidak mungkin berpaling arah. Aku sanggup menunggu
hingga terlerai nyawa dari badan sehingga Julia mengangkat diriku sebagai
kekasih hatinya. Walaupun sampai sekarang Julia tidak sudi membalas cinta
suciku, aku percaya kesungguhanku pasti membuahkan hasil. Saat indah pasti akan
tiba. Aku hanya perlu bersabar. Aku menaruh keyakinan. Aku tidak akan cepat
mengalah. Aku akan setia menunggu seribu tahun lama lagi. Tapi benarkah hidup
aku selama ini ? Biar berputar utara selatan ku tak putus harapan, sedia setia.
Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah aku akan terus setia menanti. Tidak
sesekali aku menidakkan rasa cinta pada Julia. Aku sudah bersumpah ketika
pertama kali melihat Julia. Dahulu aku sering mencuri pandang hanya untuk
melihat Julia, kini tidah lagi setelah ku meluahkan rasa cintaku. Aku menjadi
berani untuk bertentang pandang dengannya. Aku sudah tidak segan untuk menegur
beliau. Dialah cinta dan nyawa hatiku. Aku berhasrat menyunting Julia suatu
saat nanti.
Aku
mula mebayangkan sebuah kehidupan bahagia yang bakal aku ciptakan bersama
Julia. Sebuah keluarga harmoni dan diserikan dengan kelahiran zuriat – zuriat
kami yang comel dan berakal pintar. Aku yakin dengan cara ini aku boleh
mengubah masa depanku sekaligus masa depan generasiku.
Aku
tidak pernah sekolah, tidak pandai tetapi untungnya aku ada mendengar tentang
perkahwinan campur yang dianjurkan oleh Iskandar Dzulkarnain. Aku tidak kenal
langsung siapakah gerangan Iskandar Dzulkarnain. Aku tahu pun ketika Atan
membaca kuat – kuat Sejarah PMR bersama – sama aku di suatu petang ketika kami
melepak di halaman rumah Atan. Di sinilah aku jatuh cinta pandang pertama
dengan Julia ketika dia melalui jalan di hadapan rumah Atan bersama Pak Salleh.
Aku
leka dibuai perasaan cinta yang sudah semakin lama mengayuti tangkai hatiku.
Langsung aku tidak hiraukan nyamuk – nyamuk yang semakin rakus menghurung
badanku. Hari sudah semakin gelap tanpa disedari aku masih mengharapkan
kedatangan Julia. Tiba – tiba aku terdengar namaku dipanggil berulang kali. Aku
masih tidak sedar, mataku terpejam mengingatkan Julia yang berkulit sawo kuning
montok. Aku tersengih – sengih membayangkan olengan punggung Julia yang kembang
padat.
“Dah
agak dah,ko mesti kat sini.” Aku masih khayal.
“Samad,
jom balik cepat. Bapak dah bising tuh.”
“Cepatlah,
citer Upin – Ipin nak start dah ni ! "
Aku
tersedar dari lamunan sebaik aku terasa libasan – libasan kecil mengenai
badanku dan perlahan aku bangun mengekori Atan yang mengusap – usap belakang
badanku.
“Tadi
bapak cakap nak jual ko, tapi aku takkan benarkan. Walaupun ko hanya seekor
kambing tapi aku sayangkan ko. Aku tak nak ko kena jual macam lembu betina Pak
Salleh tu.”
Aku
terkedu...memang sah Julia dah tiada. Julia kena jual dekat tauke yang datang
dari bandar seperti yang didengariku di warung Kak Siti tadi. Hancur luluh
hatiku saat ini dan impian aku untuk menghasilkan anak – anak bermutu untuk
memartabatkan bangsa kambing juga perlahan – lahan terkubur. Aku pasrah dengan
kehendak Julia. Mungkin Julia bukan jodoh untukku. Biarpun sepi mencengkam saat
ini namun aku gagahkan diri untuk pulang.
Perginya Seorang Sahabat 1
Ya Allah ...
Sahabatku buah hatiku
Mesra kami penawar duka
Rindu kami menambah cinta
Rujuk kami membuah ceria
Ya Allah ...
Silaturrahim kami, ukhuwah fillah
Bermusuh kami, nauzubillah
Berpisah mati, innalillah
Pengubat hati dan doa rabitah
Ya Allah ...
Rahmatilah kami meniti usia
Terpisah kami di alam nyata
Ya Allah ...
Aku mohon kepada-Mu Ya Allah
Temukan kami semula di taman syurga-Mu ...
Suasana di tanah perkuburan Islam Syed Yahya
diselubungi perasaan sedih dan pilu. Orang ramai telah beransur – ansur
meninggalkan pusara sahabatku itu. Sahabatku.. Ya ! Sahabatku yang telah
kembali kepada Penciptanya. Awan yang berarak mendung menemani aku ketika ini.
Kakiku masih tidak mahu berganjak dari pusara milik sahabatku ini. Sisa – sisa
air mata masih bertakung di ruang tubir mata. “Lia..” bibirku bergerak perlahan
memanggil nama sahabatku itu. Aku juga tahu dan aku juga sedar ketika ini aku
hanya bersendirian. Aku menyapu perlahan batu nisan yang tertera nama sahabatku
itu.
Aku mengimbau kembali pertemuanku dengan Lia. Ketika
itu, kami sama – sama mendaftar di SMK Tengku Intan Zaharah bagi kemasukan
pelajar tingkatan 6 bawah. Disitulah bermulanyapersahabatan kami. Aku dan Lia
tinggal di asrama dan kebetulan aku dan Lia ditempatkan di dalam dorm yang
sama. Dari hari ke hari, hubungan persahabatan kami semakin kukuh. Apabila aku
menghadapi masalah, sahabatku ini jugalah menjadi tempat aku mengadu dan
berkongsi masalah. Sehingga dinihari itu, aku terjaga apabila terdengar suara
Lia seolah – olah sedang menahan kesakitan. Aku mendemah dahinya, terasa panas.
Aku memanggil nama Lia berulangkali, namun tiada jawapan. Dalam keadaan cemas,
aku terus meminta bantuan rakan lain untuk memaklumkan kepada warden tentang
perkara itu.
Setibanya di hospital, Lia terus di bawa ke Unit
Rawatan Kecemasan. Aku menghulurkan kad pengenalannya dan seorang jururawat
menuliskan segala butiran di dalam buku rekod. Menjelang subuh, keluarga Lia
sampai dengan ditemani saudara mara yang lain.
“Mak Cik, tolonglah beritahu saya Lia sakit apa yang
sebenarnya...?” Aku merayu kepada emak Lia. Aku melihat butiran jernih mengalir
membasahi pipi emak Lia.
“Sebenarnya...Lia menghidapi penyakit barah tulang.
Dah hampir 6 bulan.” Suara emak Lia perlahan memberitahuku. Aku terjelepok di
atas lantai.
“Ya Allah..” Hanya itu yang aku mampu ungkapkan
ketika itu. Selepas Lia sedar, aku masuk ke bilik Lia setelah ahli keluarganya
melihat keadaan Lia. Aku berjalan perlahan – lahan menuju ke sebuah katil. Aku
melabuhkan dudukku di atas sebuah kerusi yang telah disediakan. Tanganku
memegang tangan Lia dengan erat, tangan seorang sahabat yang sering
menghulurkan bantuan apabila aku memerlukannya. Hatiku sedih... Jiwaku parah
melihat keadaan Lia yang semakin lemah. Dari sinar matanya yang pudar, aku
dapat menyelami penderitaan dan kesakitan yang ditanggung selama ini. Namun,
Lia masih mampu menyembunyikan penderitaan itu disebalik senyumannya. Air
mataku mengalir perlahan melihat keadaan Lia. Terketar – ketar jari – jemarinya
menyapu air mataku. Aku tersenyum hambar lalu mendakap tubuh sahabatku itu
dengan penuh perasaan sayu.
* * * * *
Pagi itu, Lia sekali lagi demam.
Panas badannya amat luar biasa dan dia tidak ditinggalkan sendirian. Aku dan
keluarganya bergilir – gilir menemaninya sambil membaca surah Yasin dan ayat –
ayat suci Al – Quran. Aku berharap bacaan itu akan menjadi penawar dan
meredakan kesakitan, atau sekiranya sudah sampai janji Allah, ambillah dia.
Biarlah penderitaan yang ditanggung selama ini segera berakhir. Menjelang
tengahari, Lia sudah tidak sedarkan diri lagi. Dia berada dalam keadaan koma.
Aku semakin tidak dapat menahan sebak melihat keadaan Lia semakin tenat. Jari –
jemarinya kakinya terasa sejuk petanda sedikit demi sedikit terpisahnya nyawa
dari jasad Lia... Ayahnya membisikkan kalimah syahadah di telinganya...
“ Dia dah tak ada...” Suara Dr Nazmi
yang perlahan menampar telinga kami. Kalau Dr Nazmi tidak memaklumkan
sekalipun, kami sudah tau kerana alat pengesan denyutan nadi mempamerkan
garisan halus di atas skrin.
Aku tergaman. Untuk seketika aku
merasakan bahawa waktu seakan – akan terhenti. Kaku dan sunyi. Sehinggalah
esakan keluarga Lia menyedarkan aku pada apa yang telah terjadi. Aku menerpa,
mendakap sekujur tubuh Lia yang sudah terbujur kaku. Ratapan seorang sahabat
yang baru sahaja kehilangan seorang sahabat meruntun hati ahli keluarga Lia
yang berada di situ. Kini, Lia bebas. Bebas dari segala wayar yang tersirat di
tubuhnya, bebas daripada monitor pengesan denyutan nadi dan jantung. Bebas dari
kehidupan di alam pana yang penuh dugaan ini.
Kini, aku tinggal keseorangan. Sudah
pasti aku akan menghargai sebuah persahabatan dan kenangan aku bersama Lia. Aku
akan menyimpan segalanya di dalam lipatan memoriku.
Hujan yang turun renyai – renyai
menyedarkan aku dari lamunan. Aku bangun dan melangkah perlahan – lahan
meninggalkan pusara sahabatku yang masih merah itu. Kini Lia pergi untuk
pengabdiannya kepada Allah SWT dan kehidupan juga akan ditempuhi tanpa seorang
sahabat bernama Lia. Semoga roh Lia dicucuri rahmat, semoga dikau ditempatkan
dalam kalangan orang – orang yang beriman. Al – Fatihah... Amin..
>> Luahan hati seorang sahabat
>> Luahan hati seorang sahabat
Resepi Kuih Kejayaan
PENYEDIAAN KULIT
Gaulkan
BACAAN, RAJIN, TEKUN dan SABAR di dalam kotak fikiran. Uli sehingga lembut.
Jika adunan
agak keras, tambahkan RAJIN dan BACAAN sehingga mencapai matlamat yang
diingini.
Campurkan
JADUAL untuk melengkapkan adunan ini.
PENYEDIAAN INTI
Campurkan
MINAT, AZAM dan ULANGKAJI serta LATIHAN yang telah diuli.
Perlu ingat !!
... Resepi ini tidak memerlukan CINTA, KESERONOKAN, HASRAT DENGKI sebagai
pemanis, kerana adunan tersebut boleh memusnahkan impian !
CARA MEMBUATNYA
Sekarang
canaikan KULIT yang telah diuli tadi.
Isikan inti
yang telah dibuat tadi ke dalam kulit yang telah di canai.
Perlu diingat,
adunan yang telah dicanaikan hendaklah tiada sebarang lubang – lubang.
Jika terdapat
lubang, virus – virus malas akan masuk bersama dengan inti yang diisi ke dalam
kulit yang telah dicanai tadi.
Bungkus dan
bentukkan mengikut citarasa sendiri.
Gorengkan
dalam ‘MICROBRAIN’ sehingga kekuningan.
Gorengkanlah
kuih ini dengan TENANG supaya hati anda tidak terbakar kepanasan.
Keluarkan dari
tempat gorengan dan hidangkan.
Jika kuih ini
sudah sejuk, hiasilah dengan DOA dan TAWAKAL..INSYALLAH pasti akan berjaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)