Thursday, June 21, 2012

Seloka 4 Intan 4 (2009)


Assalamualaikum pembuka bicara.                      
Kepada warga 4 Intan 4 kita,                                
Dengarlah seloka kita semua,                                
Untuk mengubat hati yang lara. 

Ayahanda kita baik x terkira,   
Sir Hamrizan empunya nama,                            
Jualan di kiosk hak milik dia,                                
Kalau nak berurusan, jumpalah dia.     

Bermula dengan ketua kita,                                  
C.W. Hashimi nama diberi,                                  
Ceria dan baik hati sifat dia,                                  
Kalau berjenaka, tak kering gusi.     

Mashitah pula penolong kita,                                
Ke sana ke mari, menyibukkan diri,                     
Kiosk sebati dengan dia,                                       
Time free ke sana ke mari.   

Sepasang merpati dua sejoli,                                  
Itulah Amira dan Ridhu yang tinggi,                    
Mereka memang x boleh dipisahkan lagi,             
Masing-masing memang bercita - cita tinggi.   

Fitri Salinawati nama diberi,
Mulut becok x terperi,
Bila bercakap bak gunung berapi,
Macamlah dia tokoh menteri.

Di dalam kelas 4 intan 4,
Salah seorang si adik pengawas,
Itulah Nisa’ si anak ustaz,
Kekadang boleh jadi ganas.

Aimi Humairah empunya diri,
Asyik mengarut x henti – henti,
Orangnya simple, mulut berapi,
Sape x kenal menyesallah nanti.

Azizol duduk belakang sekali,
Bila senyum manis sekali,
Diam – diam ubi berisi,
Rupa – rupanya dah ada buah hati.

Teruna seorang ni kuat menyanyi,
Lagu ‘ Love Story ‘ paling digemari,
Azfar nama yang telah iberi,
Sememangnya cermin peneman abadi.

Dari KAKA datang ke mari,                                
Ponteng kelas itulah hobi,                                  
Datang sekolah jarang sekali,                              
Itulah dia si budak Suhairi.   

Dua sahabat sememangnya sejati,
Sentiasa bersama di mana sahaja,
Syahirah jenis “Happy Berani “
Zulaikha pula sekepala dengannya.

Ini pula seorang lagi,                                           
Kononnya nak jadi pelajar dikagumi,                      
Meniru masa exam jadi amalan diri,                   
Itulah Iffah empunya diri.    

Jejaka hancur tapi bergaya,
Nampak simple, sentiasa berjenaka,
Kimia dan Fizik subjek kemahirannya,
Itulah Luqman berotak gila.

Orangnya sporting comel sekali,                        
Itulah Aizat empunya diri,                                 
Kalau bermain tak ingat diri,                              
Subjek ‘BI’ sebati dalam diri.     

Control hensem setiap hari,
‘Profesor‘ adalah gelaran yang diberi,
Itulah Haikal empunya diri,
Menjadi pujaan si adik form 3.  

Datang awal setiap pagi,                                      
Ponteng kelas tidak sekali,                                  
Itulah dia adik Sha si Shahril,                               
Juga merupakan ilmuwan kami.    

Orangnya simple taklah sempurna,
Cemut dan Abu panggilan nama,
Di dalam kelas duduk bersama,
Tapi langsung tak sekepala.    

AZ nama timangannya,                                      
Bidang catur kepakaran dia,                                
Kawa pula seangkatan dengannya,                            
Sentiasa ceria dengan lagak bersahaja.     

Tabah menjadi prinsip hidupnya,
Tak pernah merungut walau diuji,
Keayuan terserlah Atikah namanya,
Jejaka idaman siapalah di hati?

Din panggilan dari kita semua,
Duduk dalam kelas pendiam orangnya,
Time belajar koya entah ke mana,
Time menyampuk, dialah orangnya.

Wajahnya manis badannya tinggi,
Ponteng kelas jarang sekali,
Zatil Ismah nama diberi,
Itulah dia pujaan Hashimi.

Saba panggilan dari rakannya,
Dalam kelas menyanyi kerjanya,
Time belajar mengantuklah dia,
Time berjalan dialah kepala.

Pergi ke sekolah menaiki kereta,
Wan Fasihah penggilan namanya,
Masalah PIBG boleh jumpa dia,
Timbalan PIBG jawatan ayahnya.

Sampai di sini seloka saya,
Mohon maaf kalau tersilap bahasa,
Harap tiada yang terasa,
Kalau umur panjang berjumpalah kita.

No comments:

Post a Comment