Friday, June 22, 2012

Sekeping Surat Cinta Gila !


Buatmu kekasihku yang berada di langit ...

     Dalam kesuraman warna lembayung yang ketika tujuh bulan menumpahkan cahaya di bawah kaki langit Kirmizi, tiba – tiba aku terkenangkan nolstagia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiran kau membelit tali perutku. Kamu juga telah mengajar aku ertia cinta, mengenalkan aku pada singa laut, beruang kutub, penguin, kambing, salji, mee rebus, cendol, tong sampah, kotak pensel, tali kasut dan pasu bunga. Kau dan aku umpama Siti Nurhaliza dan Datuk K yang tidak dapat dipisahkan.

     Malangnya percintaan kita yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Marikh itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak ayam di Thailand kerana penyakit selsema burung. Kau juga pergi ketika rakyat Malaysia menyaksikan pernikahan Siti Nurhaliza dengan Datuk K. Pemergian kau mengakibatkan aku menghidap penyakit SARS secara mengejut. Aku bagaikan planet Pluto yang hampir tergelincir dari orbit dan terpelanting ke ruang angkasa. Apabila daya tarikan graviti terhadapku tidak lagi berfungsi setelah aku tersungur dalam percintaan.

     Menara cinta yang kita bina dari bunga – bungaan yang dipetik secara haram di Taman Botani, Putrajaya akhirnya musnah berkecai setelah kamu berpaling tadah. Sejak kamu tiada, aku selalu berbual – bual dengan pokok mempelam di belakang rumahku untuk mengisi masa lapang. Kadang – kadang aku mengikat botol oren di tiang rumahku agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di tepi peti sejuk mengenangkan diri kamu yang telah entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan kue teow goreng untuk melupakanmu. Aku membelasah 4 ekor ikan emas kawan karibku tanda aku kecewa. Mengapa ?? Mengapa sayang ?? Mengapa semua ini terjadi ?? Mengapa setelah kamu curi hatiku, kamu rompak cintaku !! Derita yang kamu ciptakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untukku tanggung bagaikan mendukung 92 ekor kuda dan 42 ekor arnab. Oh !! Terlalu berat dugaan yang aku tempuhi masa kini. Kini segala harapanku telh hancur berkecai bagaikan gelas kaca terjatuh dari Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Kuala Lumpur lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudian digilis pula olek komuter hingga aku hancur lumat. Kini, segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukanlah Michael Jackson, Datuk K, Superman atau Jet Li. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kamu suka. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan duit.

     Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuklah anak patung “Hello Kitty” telah pun aku cincang untuk dibuat makanan anai – anai. Walaupun segalanya telah pun berakhir, di atas pokok mempelam di belakang rumahku ini aku tetap menunggumu. Aku tahu kamu akan pulang menemui diriku. Selagi ada nafas ini, selagi Mawi dan Ina belum disatukan, selagi Kumpulan VE tidak berpecah, selagi itulah aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbit waktu malam.

     Namun, aku menyedari bahawa penantianku ini hanya sia – sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputuan untuk menunggu tiang elektrik berbuah. Nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Kamu nak tak ??

 

No comments:

Post a Comment