Wednesday, June 20, 2012

Lucunya ...



LUCUNYA,

Duit RM50 begitu besar apabila dibawa ke masjid,
Tetapi begitu kecil apabila dibawa ke Mid Valley.

LUCUNYA,

30 minit terasa begitu lama berzikir,
Tetapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton TV.

LUCUNYA,

Betapa lamanya 2 jam berada di masjid,
Tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton
wayang di panggung.

LUCUNYA,

Susah sungguh merungkai kata untuk dipanjatkan saat
berdoa/solat,
Tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang apabila
bertemu kawan-kawan, boyfriend dan girlfriend.

LUCUNYA,

Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu
perlawanan bola sepak,
Tetapi betapa bosannya apabila iman solat terawih bulan
ramadhan bacaannya lama dan panjang.

LUCUNYA,

Susah sangat membaca Al-Quran 1 juzuk sahaja,
Tetapi majalah hiburan dan novel habis ditelaah.

No comments:

Post a Comment