Hawa,
Andai kamu masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu. Andai kamu sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu. Andai kamu masih ibu, didiklah
anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad - din Allah.
Hawa,
Andai kamu belum
berkahwin, jangan kamu risau akan jodohmu. Ingatlah janji Tuhan kita, wanita
yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan
dengan lelaki yang bukan muhrim kerana dikhuatiri dari mata jatuh ke hati, maka
lahirnya senyuman dan tercetusnya salam. Sekaligus disusuli dengan sebuah
pertemuan yang ditakuti melahirkan nafsu. Kejahatan yang menguasai diri.
Hawa,
Lelaki yang baik tidak
melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidah memilih wanita melalui keseksiannya,
lelaki yang warak tidak menilai wnita melalui keayuannya, kemanjaannya serta
kebolehannya menggoncang iman lelaki. Tetapi, lelaki yang baik menilai wanita
melalui akhlaknya, peribadinya dan yang paling penting pegangan agamanya.
Hawa,
Lelaki yang baik juga
tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia
takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak
juga tidak bermain dengan cinta kerana dia tahu apa matlamat sebuah pertemuan
antara lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Hawa,
Jagalah pandangan, awasilah
auratmu, peliharalah akhlakmu dan kuatkanlah pendirianmu. Andai tiada cinta
Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan
jiwamu. Biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat
sebuah kebahagiaan buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik – beradik serta
keluarga yang membahagiakan dan menggembirakan dirimu.
Hawa,
Cintailah Allah dikala
susah mahupun senang kerana kamu akan memperolehi cinta daripada insan yang
juga mencintai Allah, cintailah kedua ibu bapa kerana kamu akan memperolehi
keredhaan Allah SWT. Cintailah keluargamu kerana kamu tidak akan berjumpa cinta
yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Hawa,
Janganlah sesekali tangan
yang menghayun buaian akan menggoncang dunia dan juga menggoncang iman
lelaki...
No comments:
Post a Comment