Kalau cikgu
bersembang,
Cikgu bertukar
fikiran,
Kalau kami bersembang,
Kami cakap yang
bukan-bukan.
Kalau cikgu tinggikan suara,
Niat cikgu untuk mengajar,
Kalau kami tinggikan suara,
Kami dikatakan kurang ajar.
Kalau cikgu tinggikan suara,
Niat cikgu untuk mengajar,
Kalau kami tinggikan suara,
Kami dikatakan kurang ajar.
Kalau cikgu
berbual-bual,
Cikgu bincang isu
semasa,
Kalau kami
berbual-bual,
Kami bincang artis
popular.
Apabila cikgu pejam mata,
Cikgu renung silapnya dimana,
Apabila kami pejam mata,
Kami tidurlah tu jawabnya!
Apabila cikgu pejam mata,
Cikgu renung silapnya dimana,
Apabila kami pejam mata,
Kami tidurlah tu jawabnya!
Apabila cikgu
melawa,
Cikgu menjadi lebih
berkeyakinan,
Apabila kami
melawa,
Kami nak mengorak
jejaka/gadis idaman.
Kalau cikgu membakar,
Cikgu bakar sampah belakang sekolah,
Kalau kami memnbakar,
Kami bakar harta benda sekolah.
Kalau cikgu membakar,
Cikgu bakar sampah belakang sekolah,
Kalau kami memnbakar,
Kami bakar harta benda sekolah.
Kalau cikgu senyum,
Cikgu seorang yang
mesra,
Kalau kami senyum,
Senyuman kami ada
makna.
Apabila cikgu bermadah,
Kata - kata cikgu indah,
Apabila kami bermadah,
Kata-kata kami membawa padah.
Apabila cikgu bermadah,
Kata - kata cikgu indah,
Apabila kami bermadah,
Kata-kata kami membawa padah.
Apabila cikgu
menulis,
Cikgu buat laporan
pelajaran,
Apabila kami
menulis,
Kami tulis surat yang
bukan-bukan.
Kalau cikgu ke tandas,
Cikgu kemaskan diri,
Kalau kami ke tandas,
Kami lari dari subjek yang dibenci.
Kalau cikgu ke tandas,
Cikgu kemaskan diri,
Kalau kami ke tandas,
Kami lari dari subjek yang dibenci.
No comments:
Post a Comment